Tips | FYP CSP600 - Atiqah Mohamad Ikhsan

Tips | FYP CSP600

By Atiqah Mohamad Ikhsan - March 08, 2020

Hai!! Assalamualaikum guys! 

In this entry, Tiqa akan cerita tentang Final. Year. Project! Yes, FYP. Antara subjek yang paling digeruni oleh semua pelajar-pelajar Ijazah Sarjana Muda. Some may love it, some may hate it. It depends. 

 Firstly, Tiqa nak cakap post ni memang akan fokus untuk Fakulti Sains Komputer okay, which explains the code subject (CSP600). Nak lagi spesifik untuk pelajar course CS245 / CS255 - Computer Network. But other common tips, korang yang dari course lain pun boleh guna tips-tips ni. I hope it'll help you in any kind of way. Aminn!


So, Final Year Project ni selalu nya akan dibahagikan kepada 2 bahagian. Selalunya orang akan panggil FYP1 lah. Time ni lah korang akan propose pasal tajuk korang kat supervisor. Sembang macam-macam lah dalam report tu nanti. Ada 3 chapters in total,

-Chapter 1: Introduction
-Chapter 2: Literature Review
-Chapter 3: Methodology


6 TIPS untuk Final Year Project (FYP):

1. Cari tajuk untuk propose

- Seeloknya time korang cuti semester tu, rajin2 dah la cari tajuk nak propose kat supervisor nanti. Boleh cari kat Github, Youtube, Google, banyakkk. Yang penting korang kena cari tajuk yang korang minat buat. Ada 3 tips bila nak cari tajuk ni,


  • Strength        : Cari tajuk yang korang tahu korang memang bagus buat.
    • Contoh, korang pandai build web, jadikan FYP korang tu web-based. Data semua store dalam tu. Korang reti nk retrieve, add, edit , delete data2 dalam tu. 

    • Interest         : Benda yang korang nak tahu & dah ada basic knowledge pasal tu. 
      • Contohnya, macam blockchain. Benda kena main dengan banyak encryption, maybe korang nak guna hashing MD5 or SHA. So korang boleh ambik mana-mana tajuk yang bersesuaian. 

    • Want to learn: Kalau korang suka benda2 challenging, haa ambik la tajuk berkaitan ioT ke Augmented Reality ke. 
      • Contoh, macam ioT, korang akan main dengan banyak benda tau. Mobile Apps, Hardware, Server. Maksudnya nanti bila nk kena develop korang akan ada 3 benda nak kena maintain. Emotion pun kena maintain jgk sebab kadang2 hardware masalah, ttbe apps pun tak betul jugak. So are you ready? 


    Kalau korang propose tajuk yang korang tak minat, nanti jadi macam certain students yang dah awal2 surrender dah. Tak best la kalau nak repeat kan?  Disebabkan dulu Tiqa dumbfounded gila macam mana nak cari tajuk, so i list all the famous title kat bawah ni ok. Especially untuk CS245, teramatlah penting untuk ada element network dalam FYP korang.

    -ioT
    -Blockchain
    -Augmented-Reality
    -Cloud-computing
    -Mobile Apps
    -Smart System
    -Network Security
    - QOS
    -E-commerce
    -Geofence
    -Virtual load-balancer
    -Cluster
    -Network Monitoring System


    Certain tempat such as UiTM Shah Alam selalunya bila korang pilh supervisor, akan ada terus tajuk FYP untuk korang. Ada pros and cons dia dekat situ. Satu, korang tak payah susah2 cari tajuk. Tapi kalau lambat pilih SV, alamatnya habis la korang lagi2 kalau tajuk susah.


    Macam UiTM Jasin, students dah awal2 kena kejar SV.  Certain lecturer, kita bagi ayat manis through Whatsapp, propose tajuk & sembang2 sikit then diorang ok dah. Nanti masuk semester terus jumpa lecturer tu and hand-in borang F1 je. Borang F1 ni kira lecturer tu dah setuju nak jadi supervisor korang lah. 

    Settle step 1, next! 


    2. Detail Proposal 

    - Bila dah jumpa tajuk tu, cuba masukkan dalam detail2 ni.

    Title:
    Problem Statement: (sekurangnya 3)
    Objectives:
    Scope:
    Significance:
    Expected outcome: 

    Kalau korang tak dapat nak isi penuh semua detail2 dalam ni, sila la cari tajuk lain sebagai backup. Sebab benda2 ni jugak yang akan korang kena tulis dalam report Chapter 1: Introduction tu.

    Another thing, sebab kadang2 tu lecturer nak kita faham kita buat apa dengan FYP kita tau. Jadinya, kalau korang tak boleh faham apa yang korang nak buat, ofcourse la diorng akan reject tajuk korng tu terus betul tak? Takpe, tabahkan hati and life must move on! Sama ada cari lecturer lain or korang sendiri yang memang kena tukar tajuk.


    3. Cari Supervisor yang ngam!

    - Weehh ni yang paling penting!! Korang kena tahu supervisor ni ibarat mak korang tau untuk FYP ni. Diorng la yg akan jaga korang, nak bagi korang nampak jalan macam mana nak buat FYP ni. So, kalau dapat SV yang tak ngam, yang susah nak jumpa dengan korang face-2-face. Memang korang nanti banyak tersesat jalan je.


    Selalu nya kalau lecturer yang baik-baik akan proof read report korang, tunjuk mana salah, mana yang betul. Tolong carikan solution untuk korang. Memang ada lecturer gini tapi jarang. So, kalau dpt yang macam ni, bersyukur lah ya? Tak semua dapat kasih sayang macam tu. Hahaha.


    4. REPORT!

    - Okay, bila tajuk dah ada, SV pun dah. Sekarang ni fokus dengan report korang. Report ni macam nyawa korang tahu tak? untuk FYP1 ni, markah semua based on report. Kalau 50% je korang put effort, markah pun 50% dan kebawah la. Faham?

    Yang paling penting sekarang ni, please la all out buat report korang tu. Sebab nanti kat FYP2 tak payah fokus dah kat report, fokus kat development je. Jangan jadi macam Tiqa, ok? Hahahah

    Yang pasti, references sekurangnya kena lebih 30. Kalau nak lagi bagus report tu, sekurangnya ada 50 references. References ni apa??? Reference ni lah korang akan amik ayat2 dalam article & rephrase ayat tu untuk diletakkan dalam report korang. Antara source nak cari article2 ni ialah:

    - Researchgate
    - IEEE
    - Library UiTM
    - Google Scholar
    - Mendeley (software, RECOMMENDED!)


    Rajin2 lah gi jumpa SV hang, pi tnaya mana betoi, mana salah naa. Jangan tak tunjuk muka ok? sebab SV pun banyak markah kat diorang tauu.



    5. Plagiarism!!

    - Lepas dah siap Chapter 1,2,3 selalunya lecturer korang akan bagi 1 link and bukak website nama dia TURNITIN. Kat sini la korang akan hand-in soft copy report korang tu and check plagiarism untuk report korang.

    Nak tengok korang ni rajin ke tak. Ke main copy paste je ayat dari article masuk dalam report tu. Pemalaih sungguh naaa. Kalau korang memang rephrase ayat korang, then good for you !! Tapi kita pun manusia juga kan, ada juga kita buat silap.

    Bila korang dh send softcopy and check dalam TURNITIN tu, akan keluar la berapa percent korang punya plagiarism and highlight word yang dia nampak sama macam dalam certain-certain article.



    6. Mock Presentation!!!

    -Lepas dah siap check plagiarism, dah hantar report kat lecturer apa semua. It's time for some presentation uolls!! Okay jgn cuak, jangan panik. Kat sini lah selalu nya korang akan dipersoalkan dengan tajuk yang korang dah propose selama 1 semester ni.

    Akan ada SV, Examiner, and lecturer FYP korang sekali. Selalunya time ni la kena soalan bertubi2 dengan lecturer korang. Diorng nak test kefahaman korang tentang tajuk yang dh dipropose ni. Nak tengok korang betul2 tak buat research pasal tajuk tu.

    Takdelah nk condemn ke apa. If korang rasa diorng condemn korang, just relax je ok. Fikir positif, diorng nak korang betulkan apa yang salah. Selalunya diorng akan bagi cadangan untuk tambah itu ini sikit, so jangan lupa jot down apa yang lecturer dah cakap tu ok ? Sebab nanti time FYP2 diorng akan tanya balik korang ada buat tak benda yg diorng miintak time mock presentation haritu.


    Jadi, tu je lah daripada Tiqa this time around. All the best for your FYP proposal everyone!! Hope tips2 ni dapat membantu korang sikit.


    • Share:

    You Might Also Like

    1 comments

    1. Assalamualaikum and hi! since next semester saya dah semester 5 and dah kena start fikir untuk project, saya ada nak tanya beberapa soalan yang saya takut hehe (maklumlah, student pkp yang tak pernah lagi jejak u huhu).

      First, kalau saya ambik course multimedia, tapi ada keinginan untuk buat project tentang network, boleh diterima pakai ke kalau time degree? atau saya kena jugak buat project yang ada kena mengena dengan course multimedia sahaja?

      Second, if saya terlambat untuk pilih sv, saya akan dicampakkan dekat mana2 sv atau saya dikira gagal untuk ambik next project semester 6?

      Third, boleh ke kalau saya nak continue project FYP time diploma? ada tak time batch akak continue project diploma and sv terima dengan project tu? if ada, boleh tak share, nak tahu sangat how diorang handle situations macam tu.

      Thank you! ❤️

      ReplyDelete