Hii semua!
So, haritu Tiqa dah bagitahu pasal FYP1 kan, which is phase untuk propose tajuk korang dekat lecturer. Harini kita pergi pulak ke FYP2, which is phase untuk Development.
Untuk bahagian report korang akan ada 3 chapters in total jugak untuk siapkan which are,
-Chapter 4: Design & Development
-Chapter 5: Result & Discussion
-Chapter 6: Recommendation
Tips untuk CS650 a.k.a FYP2:
1. JANGAN MALU BERTANYA!
- Entry kali ni maybe pendek sikit la berbanding FYP1 haritu. Sebab mainly korang akan banyak spend masa dengan developing FYP korang la. Paling penting, kalau korang dah blur nak buat macam mana benda tu, sila la banyakkan bertanya dengna kawan2. Kawan korang pun buat benda yang seakan sama jugak macam korang.
And tak jatuh air muka pun kalau bertanya. Kalau takde jugak yang tahu, time ni la SV perlu bantu. Or tanya kat dalam forum2. Rajin kan bertanya. Kalau coding error, sangat lah bagus bila tanya dalam forum ok. Just copy paste je part mana coding tu masalah and tnye part mana yang salah. Ramai nanti yang akan tolong betulkan.
2. Sikit-sikit, lama-lama jadi bukit!!
- Haaa ni lessons yang Tiqa belajar. For FSKM people! Mesti kena buat designing jugak kan? Either mobile apps or web mesti ada jugak kena develop antara 2 benda ni. Dah tahu tak reti nk buat laju-laju, kena ikut tutorial kat Yotube bagai, sila la start develop awal2.
Dah tahu tak reti, buat la sikit-sikit. Tapi memang kena hari-hari buat la. WAJIB develop hari-hari. Sebab kadang tu kita tak tahu apa yang kita buat tu akan 100% okay. Kadang-kadang tu time tengah develop mobile apps untuk Login ke, nanti ada masalah apps crash la, tak boleh nak tekan button sekian-sekian la. Nak selesaikan masalah tu je dah makan masa separuh hari, hatta satu hari penuh pun boleh.
So, kalau korang tak buat hari-hari, alamatnya memang tak siap la apps/web korang tu. Jangan jadi macam Tiqa, dah week 7 tengah terhegeh- hegeh lagi nak develop apps. Memang mampuih la jawabnya. Selalunya Week 7 tu, korang punya progress patutnya dah 70%-80% siap dah apps.
Jangan malas!!!
3. Rajin2kan la jumpa SV 😁
- Tahu korang time ni tengah busy dengan study lagi, busy dengan Development FYP lagi. Tapi please la jumpa SV tu. Patutnya every week memang kena jumpa dengan SV tau. Wajib! Bagitahu progress korang kat SV.
Barulah SV tahu korang tu buat kerja. Kalau ada masalah, SV boleh bantu korang time ni. Nampak remeh kan nak gi jumpa SV? Tapi sangat penting ok.
Jaga lah hubungan korang dengan SV. Nanti korang tak gi jumpa SV, diorng tak tahu progress apa yang korang dah buat, nanti time evaluation nak bagi markah, lecturer-lecturer lain rasa project kau ni tak berguna pun & SV pun tak tahu macam mana nak defend korang dah.
Satu lagi, SV pun pegang markah yang banyak utk bagi kat korang. Kan Tiqa cakap, SV = parents korang. Hormat & jaga hubungan elok2 dengan depa naaa.
4. Presentation!!
- Bila development dah siap. Report pun dah siap. Makanya, time untuk kita present pulak! Yeay!! Jangan risau, presentation ni nanti korang akan buat ramai-ramai. So, korang nervous pun secara beramai-ramai. Hahaha. 🤣🤣
Nanti sehari sebelum present, hias la booth korang tu elok2. Untuk UiTM Jasin nanti akan ada macam2 jenis anugerah tau untuk presentation FYP tau
- Anugerah projek terbaik!
- Anugerah presenter terbaik!
- Anugerah report terbaik!
- Anugerah booth tercantik!
- Anugerah poster terbaik!
So, buat elok2 naa korang. Kalau nervous, makan la coklat and doa banyak2 semoga dipermudahkan untuk korang. Dia macam presentation biasa je, cumanya this time, its about a project that you sendiri dah build for a semester. In shaa Allah, penat lelah korang tu nanti memang worth it ! aaminn!!
All the best semua! Tiqa doakan semoga korang dapat buat yang terbaik !!
1 comments
Assalamualaikum, hiii saya junior di UiTM Jasin.. boleh bagi tips/contoh poster fyp tak.. Terima kasihh
ReplyDelete