Life as a student in UiTM Jasin - Atiqah Mohamad Ikhsan

Life as a student in UiTM Jasin

By Atiqah Mohamad Ikhsan - September 10, 2019

Assalamualaikum semua! Moga harini semua sihat dan ceria. Dalam post ni Tiqa akan cerita semua benda yg korang nak tahu pasal UiTM Jasin. Dari pasal:
- rayuan kolej (page ni!)
- rumah sewa ( Klik Sini )
- bilik kuliah  ( Klik Sini )
- tempat beli barang keperluan

Okaylah untuk starters, UiTM Jasin ni ada dua (2) Fakulti utama je, iaitu:

  • Fakulti Perladangan & Agroteknologi
  • Fakulti Sains Komputer & Matematik

Nampak macam sikit tapi setiap fakulti ada cabang bidang yang lain-lain pulak. Okay la tu ada 2 fakulti je, tu pun kena berebut dan buat rayuan tau kalau nak dapat kolej. Kat sini Tiqa compilekan je la terus antara soalan famous dari pelajar undergraduate yang nak belajar di UiTM Jasin, Melaka ni ya. 

1) SIAPA BOLEH DUDUK DI KOLEJ? 🎉🏙

✅Bagi pelajar diploma in shaa Allah akan ada kolej untuk korang duduk sini. Don't have to worry okay.

✅Bagi pelajar baru sem 1 degree pun in shaa Allah akan dapat juga kolej jangan risau tapi boleh call pihak atasan utk confirmation ok. 

TETAPI 

❌Bagi pelajar penerapan degree, kena call dan pastikan korang dapat kolej ke tak. Sebab masa penerapan batch Tiqa dulu kitorng degree memang takkan dapat kolej. So, kena buat rayuan. Tulis surat rasmi & sebab-sebab untuk duduk di kolej. Lastly, pergi fax surat tu ke kolej. Boleh call pihak pengurusan tanya tentang nombor tu. Tak pastilah

Iyeee, fax wehh fax. Rasa cam old skewl gituww. 😂

//p.s: Jangan lupa selalu pergi FB page rasmi kolej UiTM Jasin (tekan sini) sebab kat situ nanti dia akan keluarkan official tarikh untuk senarai nama siapa yg berjaya atau tak untuk duduk di kolej.

2) KAT KOLEJ ADA APA? 🤔

Okay dekat Kolej ada banyak kemudahan dah:

✔ Tempat makan (Medan Selera)
✔ Kedai nak beli barang keperluan yang kecik-kecik
✔ Kedai printing
✔ 2 ATM (Bank Islam MEPS & Bank Rakyat). 

Semua ada. Jangan risau ok.

Kolej kat sini sistem dia macam rumah. Kolej ada berapa banguna? Kolej total ada 5 bangunan.
  • 2 bangunan kolej untuk pelajar lelaki 
  • 3 bangunan kolej untuk pelajar perempuan. 
*1 rumah akan ada 6 orang yg boleh duduk dalam satu masa. 
*1 bilik akan kongsi dengan 2 orang.
*//ps: selalunya rumah bawah sekali paling sempit, sila lah aim untuk dapatkan rumah tingkat atas. 

So, 1 bilik ada:

- 2x Katil single
- 2x Almari besar gila
- 2x Meja belajar pun ada.

Semuanya ada dua (2), so takyah risau nak berebut katil ke, almari ke dll lah. 

Cumanya sempit sikit la ruang nak berjalan dalam bilik. Korang boleh je duduk kat depan rumah tu, nanti akan ada ruang tamu, besar la juga ruang dia. Boleh makan ramai2 or buat study group ke.

Ruang dalam rumah tu design dia boleh ada 2. Boleh tengok gambar di bawah:

Design 1

Selalunya design rumah kat floor bawah sekali macam yang ini la or rumah yang hujung sekali macam ni design dia. Takde beza pun antara dua design ni. Sama aje kalau korang tengok pun nanti. 3 bilik akan sederet & setiap bilik akan ada gambar & nama tenants tersebut. Bilik A, B & C. Kalau ada masalah apa2 panggil je pihak urus kolej tu. Jangan diamkan aje ya.

Tips 1: Jangan pilih rumah bawah sekali sebab selalunya ruang paling sempit. Better amik rumah yang tingkat 1,2 dan ke atas. Kalau tak larat nak naik tangga banyak2 boleh amik tingkat 1 & 2. 😂



Design 2

Ni pulak design kedua yg kadang2 lain sikit so jangan terkejut kalau masuk rumah member korang lain sikit design dia. Hahaha. Saiz bilik sama je semua, takde beza pun ok gaiss. Sebab kadang2 tu design dia macam ni maybe sebab dah tak cukup ruang nak buat bilik sederet 3.


 Tips 2: Sila la bawak extra kipas. Melaka panas teruk weh. Lit2 panas dia.🔥🔥 

Selalunya kolej perempuan akan menghadap ke kolej lelaki or ke padang, so selalu kena tutup langsir & tingkap. Bertambah-tambah lagi la panas dia. Time malam2 nk bukak langsir pun susah.

Tu je kot yg Tiqa boleh fikir sekarang. Kalau ada apa2 nak tambah nanti Tiqa akan edit semula. If ada question pun boleh je tanya kat sini ok.



  • Share:

You Might Also Like

0 comments