Diploma Sains Komputer - CS110 UiTM - Atiqah Mohamad Ikhsan

Diploma Sains Komputer - CS110 UiTM

By Atiqah Mohamad Ikhsan - December 16, 2015

Assalamualaikum w.b.t,

hey ho hello to the world! :)


Nak bagi senang korang navigate, tiqa pecahkan dua la entri ni:
  • FAQ atau soalan-soalan am tentang CS110 UiTM - Diploma Sains Komputer (page ni!)
  • Subjek-subjek yang ada dalam course CS110 UiTM  - Diploma Sains Komputer (klik sini!)

Okay, alhamdulillah. Tiqa sekarang ni dah masuk semester ke-2 dalam Diploma Sains Komputer - CS110. Saja je lah nak buat entry untuk adk-adik yang baru habis SPM tu kan ye uolls. Mesti tengah bengong pale otak jap kan, mecari-cari arah tuju nak ambik course apa nak masuk diletakkan dalam borang UPU tu kan. 

I paham perasaan uolls. Pening. Hewhewhew tetapi masa tu aku semangat betul nak isi borang UPU tu, ye lah nak ambik course apa kan, dah habis sekolah kena fikir pula masa depan betul-betul, nanti salah ambik menyesal seumor hidup, betul tak? hehuheuheuhe

But don't worry, boleh tukar banyak kali kat UPU tu nak ambik course apa. Macam aku dulu la juga, banyak kali betul tukar. Nampak sangat tak ada hala arah tuju kan? HAHAHAHA. tapi akhirnya Tiqa ambil keputusan untuk ambik Diploma Sains Komputer ni la. Kenapa? Mungkin masa tu sebab tengok para saudara-mara serta pakcik makcik semuanya daripada jurusan yang sama and nampak macam cool pula kan buat coding bagai, so, terpengaruh banyak la juga.

Tapi Tiqa memang ambik course ni sebab skop kerja, boleh dapat kerja ke kos ni? Boleh je. Banyak tempat. Dunia kita sekarang ni zaman IT opekozz la hado tapi kena terer la dalam kos ni baru dapat kerja, kalau pemalaih tak dapat jugok op?

Okay2, cut to the chase, Tiqa sekarang ni tengah belajar diploma ni di UiTM Kuala Terengganu, Terengganu. Sebenarnya time semester 1 Tiqa belajar di UiTM Dungun, tetapi disebabkan pihak atasan nak tinggalkan kos HM ( Hotel Management ) & EE ( Electrical Engineering ) je kat sana so, diorang sort la semua pindah randah. Pelajar kos AM ( Administration ) pindah ke UiTM Raub,Pahang dan kami, pelajar kos Komputer Sains di Kuala Terengganu.

Masa memula dapat result UPU, alhamdulillah gembira sebab memang dapat kos yang Tiqa minta ni. Bersyukur, tapi lepas dapat tahu kat UiTM Dungun mama terus bising kenapa dapat jauh benor tempat aku padahal ada je kat tempat lain kos ni yang dekat-dekat macam kat Perak,ke Pahang ke. Maybe sebab Tiqa dulu memang lahir di Terengganu so that's why la dapat sini kot. Eleh, tapi ramai je budak-budak Selangor sini. Majoriti kos ni daripada Selangor + Terengganu je. Takde dah negeri lain.

Kos ni bagi Tiqa alhamdulillah okay tapi result time semester 1 haritu hancus. Dapat 3.2 je pointer sebab den memang tak belajo & banyak keluar sana sini. Ye lah, bebas kan duduk kat Uni takde siapa tengok kita kat sini kan so, macam terbawa-bawa la. Baru la nak menyesal. Huhu. Menyesal kemudian MEMANG tak berguna lagi dah dik oii.

Disini Tiqa compilekan je la FAQ atau soalan-soalan yang selalu orang tertanya tentang kos Diploma Sains Komputer CS11o UiTM ni ya:


1) SUSAH KE KOMPUTER SAINS? 

- EEEEEEEHHHHHHHHHHHHH, OPEKOZZZZ LA TAK!
hahahha, tak senang tak susah. Alah, macam belajar kat sekolah jugak, Matematik biasa tu senang ke susah? Kalau rajin belajo, rajin buat latihan semua mestilah senang kan? Sebab alik-alik soalan sama je kau hadap, haaaa sama lah macam kos ni, sama je konsep dia. Cayalah. Nanti soalan dia mintak korang buat coding yang konsep sama jugak. Ramai je dapat dekan. Tapi kalau PEMALAS TAHAP ABADI memang selamanya la bagi korang susah omeigoddd.


2) TAPI KENAPA RAMAI JGK REPEAT KOS NI?

- ehh, sebab korang ingat dalam uni ni belajar pasal komputer je keja kau? Ada jugak koko, Akaun, Pre-calculus, Agama, English.


3) HEYYY KENAPA BELAJAR AKAUN?

-ewahh kau ni banyak pulok tanye. Hahaha, sebab coding ni senang cerita program la ye adik-adik, kita boleh jugok buat program untuk finance, yang menggunakan pengiraan semua. Dah nama nya finance, kena la belajo Akaun jugok ye dop? Hehehehuheheuh. Program boleh buat untuk apa-apa pun jadi kena la belajo. Tapi ramai jugak la hancus kena repeat paper Akaun, haa aku cakap repeat2 ni jangan la pulak ingatkan Akaun tu susah. Senang je. Belajar yang paling BASIC sekali kot. Takde apa nak risau la, Rajinkan belajar dan RAJINKAN BERTANYA dengan lecturer. Tak payah nak takut apa dengan lecturer kau tu, LAGI RAJIN KAU TANYA, LAGI LECTURER MAKIN SUKA TAU! Believe meee~


4) CODING TU MACAM MANA???

-Macam-macam pulak kau ni yee. Haa takpelah, hakak redho je dengan segala soalan ni.
Coding tu kita kena belajar bahasa komputer. Masa sem1 & 2 belajo la Assembly language dan C++. Senang ajo. Orang yang takde Diploma dalam ni pun boleh buat tau coding tau kalau kau rajin godek sana sini. Best~ Macam-macam kau boleh buat dengan coding ni. Unlimited imaginasi kau. Buat la benda apa pun. Tu yang aku suka kos ni senanya. Okay la fine, kau tak faham jugak apa aku cakap ni kan, amende la aku merepek pasal imaginasi la bagai kayyy FINEE.

Example, resit makan.
 Kau dah makan Pizza Hut berlambak dengan Ayam Wing bagai pastu mestilah kena pergi bayar kat kaunter kan? Haa, kau nampak tak resit tu banyak garis2 atas sana sini pastu tulis la makanan apa yang kau dah order siap dengan price semua campur pulak dengan GST 6% uolls, HAAAAAAAAAA ITULAH ANTARA CONTOHNYAA. Kena buat coding kat komputer keluor la benda alah menatang tu. Dalam coding tu kena la buat pengiraan macam mana semua , macam mana nak singkatkan coding tu jadi senang, macam mana nak keluarkan nama makanan tu dan setkan price dia sekali,
Banyak lagi kau boleh buat sebenarnya. That's why la aku cakap best. Time sem 3 belajo la JAVA. The highest language for computers, haa tu pening sikit tapi boleh je kalau rajin belajo.


5) BELAJO KOS NI BOLEH JADI HACKER KE?

-Ewahh, nak hack je ke keje kau sebenarnya? cuba mu kabo kat aku. Memang la belajo, tapi kalau sampai nak buat hidup orang lain sengsara tu jangan la. Kita belajo ni nambohkan ilmu kita bukan nak pergi buat naya kat orang. Berjihad. Tapi aku rasa kalau tanpa belajo kos ni pun ramai je yang dah tahu macam mana nak hack account orang pun sebenarnya kan? Korang-korang siapa yang ada makwe pakwe yang jenis kuat jeles2 tu, yang selalu nak memantau aktiviti korang buat mende semua kan. Haaa,toksah tipulah, aku tahu benor orang sekarang ni macam tu. Naseb la aku jenis tak belajo nak hack orang semata nak stalk semua, tak kuasa aku. Hahahaha.

Haa, pasal time aku kat Dungun hari tu UiTM sana paling terbesor la dalam Terengganu. Memang beso gile. Kitorang bebudak sem 1 semua kena duduk kat kolej belakang-belakang dalam hutan tu haah, nama kolej kitorng adalah  KOLEJ REDANG. WOHOO!
Jauh gila nak mampos kot jalan daripada bilik kolej ke bangunan kuliah. Aku jenis jalan bukannya cepat sangat pun so, kalau kelas pukul 8 pagi terpaksa la keluor bilik pukul 7. Lagi-lagi kalau bilik kuliah kau kat bangunan kayu Duyung / Karah. HUISHHH, lagi la jauhhh.

Tapi pasal belajo kat UiTM ni nanti lah aku cerita sebab post ni aku buat memang nak bagitahu pasal kos ni je sebenarnya. Hahahah. All the best for korang yang tengah buat keputusan tu. Buat solat istikharah banyak-banyak tau. In shaa Allah, dapat la tu.

Yang benor,
Atiqah.

  • Share:

You Might Also Like

0 comments