Haii korang!! Lama gila tak sentuh blog ni. To be honest, teringin nak bercerita sebenarnya pasal adab ni. Tak ramai lagi orang tahu lagi adab2 duduk dengan orang lain ni. Bahasa mudah dia bila kita menyewa rumah dengan orang lain or bila duduk bilik lebih dari 2 orang.
Tiqa membesar sebagai anak tunggal (15 tahun baru dapat adik). Tak pernah masuk sekolah asrama. Bila masuk universiti, kena kongsi bilik dengan orang lain.
Start dari sini la belajar macam mana nak berkongsi. Banyak salah faham dengan roomate/housemate sebab Tiqa ni jenis tak cakna dengan benda sekeliling tau. Hahahaha.
To those adik2 yang baru nak belajar berdikari, belajar kat universiti jauh2 tu, or siapa2 yang nak menyewa rumah nanti ke, boleh la guna tips2 bawah ni. Jangan jadi ignorant, faham?
Kita bila dah duduk sama2 ni kena saling bertolak ansur la. Jangan harap orang lain je yang tolong buatkan or toolong nasihatkan.
1) SENTIASA JAGA KEBERSIHAN
- Huish ni paling top. Sepanjang merantau belajar, balik2 masalah sama kena hadap. Bila tong sampah dah penuh, tolong la buangkan. Kalau kongsi bilik air, jangan lupa siram lepas dah mandi kalau tak nanti licin, boleh terjatuh, bahaya. Baju bila dah bertimbun tu, basuh la nanti busuk.
Paling senang, buat jadual dalam seminggu tu siapa kena buang sampah, cuci bilik air.
Bila dah sidai kain, jangan lupa pulak angkat kain dari ampaian. Kang penuh satu ampaian tu baju hang ja kena sidai tak diangkat sampai berminggu2. Orang lain pun nak guna ampaian.
Nanti kalau duduk rumah sewa, dah boleh masak2 kan? Haa lepas masak jangan lupa basuh kuali tu. Selalu tgk periuk nasi, selalu kes nasi basi dalam periuk nasi tu. Tahu lah busy tapi buat benda nya tak sampai 10 minit pun.
2) BERTOLAK ANSUR
- Haa dah masuk alam belajar/kerja ni, mesti selalu kena stay up kan? Kalau awak tu bilik kena kongsi, & roomate jenis kena tutup lampu time tido, awak nya keluar je la dari bilik tu.
Gi stay up dekat ruang tamu sana. Believe me or not, kebanyakkan kawan2 dulu masalah semua benda sama. Kalau dpt roomate jenis ok je tido bukak lampu, then good la. Kalau tak, memang gaduh sampai habis semester belajar. Tak syok ah ceni.
3) EARPHONE/HEADPHONE
- Suka tengok movie? Suka tengok drama tv3, korea, jepun, sinteron dan sebagainya? Suka dengar lagu ?
Sila lah bertenang & pakai la earphone anda. Ni benda paling penting kena ada. Tak kisah la belajar ka kerja ka. WAJIB kena ada. Hormati lah masa orang lain. Time awak tu tengok video/music dan sebagainya. Ntah2 member tengah hafal formula, tengah buat assignment.
Sedar diri sikit awak tu berkongsi tempat dengan orang lain. Jangan menggangu waktu orang lain.
4) MINTA IZIN
- Roomate/housemate korang tu bukan adik beradik korang tau. Boleh sesuka hati je amik barang tanpa khabar berita, pastu tahu2 dah takde, buat muka tak bersalah. Segala barang dalam bilik/rumah tu bukan hak milik korang saja.
Dah tahu tu bukan barang kita, minta izin dulu. Apa2 minta izin. Jangan main ambik macam tu je. Kalau nak pinjam syampu ke nak pinjam telur untuk masak ke, minta izin dulu. Ni pun antara sebab boleh meletusnya pergaduhan yaa.
5) #KITAJAGAKITA
- Okay ni pun penting juga. Dah tahu kalau gi beli makanan kat luar tu, rajin2 la tanya roomate/housemate nak ke beli apa2? kot la member tu sebanrnya tengah busy buat kerja, takde masa nak keluar pi beli makanan. Rajin2 la tanya kan member tu. Apa salah nya.
Paling penting untuk kaum hawa kat luar sana, selalu la amik berat pasal roomate tu. Kalau dia keluar tanya gi mana, dengan siapa, pukul berapa balik. Bukan la nak jaga tepi kain orang, tapi sekarang ni zaman dah tak sama dengan dulu. Macam2 hal boleh jadi. Sekurangnya apa jadi pada kita, kawan2 tahu kita last seen keluar kemana & who was with us masa tu.
Banyak sekarang ni kes pelajar hilang/bunuh/rogol. Macam2 boleh jadi sekarang. Apa2 bagitahu je. Tak salah pun kalau nak cakap kat diorang. Biar sekurangnya ada orang tahu awak tu keluar dengan siapa. Apa2 nanti diorang juga yang nak kena tolong.
Setakat ni tu jelah kot apa yang Tiqa boleh cerita. See you guys again next time!