Stesen Bas Shah Alam Seksyen 17 - Atiqah Mohamad Ikhsan

Stesen Bas Shah Alam Seksyen 17

By Atiqah Mohamad Ikhsan - September 13, 2019

Macam yang semua dah tahu, stesen bas Shah Alam dah officially pindah dari Seksyen 13 ke Seksyen 17 !! Sebab kerja2 renovation dah siap. Sekali pandang macam mini TBS yang kat KL pun hado. 😁

Buat yang tak tahu, Seksyen 13 dulu cuma terminal bas sementara je. So, apa yang ada kat terminal bas Seksyen 17 yang baru ni?🤔

Pintu utama

Pintu utama kat Terminal Seksyen 17 ni. Nak tunggu orang datang amik boleh tunggu kat sini juga. Nk drop-off orang pun kat sini juga.

Balai ketibaan bas

Bagi yang noob tak pernah sampai lagi stesen bas terminal 17 yang ni, turun je daripada bas boleh cari la pintu ni haa. Sebelah dengan myNEWS.com. Then, masuk je jangan malu2 (macam Tiqah).🐣

myNEWS.com di Terminal 17

Bagi sesiapa yang lapar ke tertinggal barang2 keperluan ke boleh beli kat sini. Banyak juga barang2 dia.

Deretan kedai-kedai

Kalau rasa macam kat myNews tu mahal, boleh je pergi sini. Ada lagi kedai-kedai yang jual makanan and barang2. Lagi murah. Makanan dia pun not bad. Sedappp 🌟🌟🌟


Kaunter tiket 

Bila jalan depan sikit boleh nampak dah Kaunter Tiket ni besar2 papan tanda dia. Ada banyak kaunter, so tak perlu risau & tak perlu berebut okay. Kalau nak tebus tiket korang boleh pergi kat kaunter warna merah tu haa. Cuma kena bayar RM1.00 je. 

ALERT!!! Bagi sesiapa yang dh beli tiket online tu korang kena tukar juga tau tiket tu kat kaunter sebab sekarang ni bila nak masuk gate kena scan BARCODE. Haaa kurlass kau Maria! 😂 Macam gambar kat bawah ni haa. 

Tiket bas Tiqa

Korang nampak kan dia ada highlight kat masa & destinasi dia tu kan. Haa tu supaya pakcik driver bas tak terlepas pandang la so that takde penumpang yang tersalah naik bas🙄.

Masa ni macam jakun sangat tengok barcode2 ni sebab dulu mana ada kena scan barcode. Ye la, dah lama tak ulang alik naik bas. Last masa belajar kat Kuala Terengganu dulu. Haha.

Korang pun boleh je boleh je beli tiket dari mesin yg sedia ada kalau nak bayar dengan kad debit. Kot2 la kan terlupa keluarkan duit dari ATM. 

Mesin beli tiket 


Dari skrin tu korang boleh cari destinasi yang korang nak pergi, pilih tarikh dan pilih seat pilihan hati then bayar. Senang je kan. Kira macam kita beli through phone tu jugak tapi ni kat mesin version besar sikit. ✔✔


Tandas

Interior tandas

Berdepan dengan Kaunter Tiket tu ada tandas ni haa kalau korang tercari-cari kan. Masa Tiqah cari tu susah jugak la sebab takde letak papan tanda tandas so kena betul pergi kat depan pintu tu tgk dia letak stiker tandas wanita. Hahaha.

ATM Affin Bank

Ada juga ATM bank kat sini. So, dont worry sesiapa yang kempis je dompet tu kan.

Balai perlepasan

Sebelum ke Kaunter Tiket tu ada Balai Perlepasan ni haa. Kat sini la korang kena masuk dan scan barcode korang tu nanti. Boleh check arrival time bas masing2 kat skrin hitam besar tu.

Tempat duduk?? Jangan risau, ada banyak. Sangat. Cukup je in shaa Allah untuk semua org duduk.

Boleh beli makanan and then duduk kat situ makan sambil memerhati gelagat2 orang sekeliling.




Jadi tu sahaja la lebaran buat kali ni. Harap2 nya dapat membantu sikit kat orang2 luar yang tak tahu menahu pasal stesen bas yang satu ni.

Tiqah buat post ni pun sebab nak bantu orang familiar dengan kawasan kat dalam terminal ni. Senang. Have a good day semua!!!

  • Share:

You Might Also Like

0 comments