Hi semua! Harapnya sihat sejahtera. It has been 2 weeks since Tiqa & husbeng baru balik dari Korea!
As everybody has already know, sempadan Korea dah dibuka, so, maksudnya kita boleh travel masuk ke Korea! Mesti semua tak sabar & tertunggu-tunggu sempadan Korea untuk dibuka semula sebab ramai nak pergi tengok scenery kat sana yang cantik kan? Not to mention jumpa oppa hensem & nuuna yang cantik macam K-drama tu kan? Hehehe..😄
In shaa Allah, Tiqa akan buat phase-by-phase cerita semua kat sini:
- Checklist sebelum ke Korea 2023!
- Itinerary 7 days and 6 nights in Korea 2023!
Tapi ada beberapa syarat sebelum korang boleh ke Korea tau! Pastikan korang dah buat semua checklist kat bawah ni and then, inshaa Allah your journey will be smooth je nak masuk ke Korea.
3 Checklist yang korang kena buat sebelum masuk ke Korea!
- Passport
- Yes, passport. Disebabkan COVID-19 haritu mesti ramai dah expired kan passport tu? First thing first, korang kena lah pergi renew passport. Seeloknya buat 2 bulan sebelum nak berlepas. Kena bayar RM200 untuk 5 tahun. Sekarang dah tak ada 1 tahun, 3 tahun renew. Terus 5 tahun je, senang. Sekarang ni dah boleh buat online je renewal passport ni. Korang boleh klik link sini untuk pergi renewal passport e-services TAPI!!
- Tricky sikit ya nak buat renew passport online ni. Tiqa banyak kali kena reject sebab gambar tak ikut spesifikasi. Padahal masa tu dah amik gambar kat kedai apa semua tapi tetap ditolak. Rupanya sebab nampak bayang2 di dahi, tudung ke depan sikit so ada bayang2. Nampak pin tudung pun tak boleh.
- Kalau korang nak senang, servis cepat then boleh pergi pejabat UTC Sentul, Kuala Lumpur. Kat sana nak walk-in boleh atau korang pergi kedai gambar sana. Kedai ni terletak kat 1 level bawah dari pejabat renew passport tu, diorang boleh tangkapkan gambar & isikan details online korang terus kat situ. Lagi cepat! Jangan lupa bawak passpot yang lama juga okay. Just tinggal bayar service tangkap gambar & tolong isikan online. Dalam RM20-RM30 camtu? Jangan risau tau, sebab Tiqa pergi kedai diorang, tak sampai 24 jam dah dapat email renewal passport Tiqa tu dah lulus!! Yeay!!
- Lepas dah dapat email, korang kena buat temujanji pulak tau nak ambik passport tu! haaa, nak cerita renyah dia masa ni. Certain people, 3 minggu baru boleh dapat appointment amik passport sebab temujanji online ni ada waktu dia dah tetapkan so kita tinggal pilih tarikh & waktu je. So depends pada nasib korang juga, Tiqa alhamdulillah dapat pilih appointment untuk amik passport keesokan harinya juga.
- Lepas setel passport, baru boleh setelkan K-ETA ni. Renyah sungguh time ni nak isi K-ETA. Bnayakk benda nak isi!! Kiranya kalau takde K-ETA ni korang tak boleh nak masuk Korea tau. Dia macam digitalize kan info korang nak duduk mana masa kat Korea tu, kena isi phone number yang boleh di-call kalau ada emergency etc. BETTER BUAT K-ETA SEBELUM BOOK HOTEL/AIRBNB YA!! Sebab takut K-ETA anda kena reject habis duit kat accomodation & benda2 lain.
- Boleh pergi ke K-ETA online ni untuk isi semua info. Agak penat tapi bersabar okay. Nak melancong negara orang ni, kena abide by the rules lah. Korang dah kena ada results K-ETA ni 72 hours sebelum fly tau. 3 hari sebelum dah kena ada la kiranya.
- Ramai juga cerita yang K-ETA tak lepas dan ada yang kena re-apply banyak kali. Results pulak ambik masa 48 hours or more untuk tahu. So, banyak rugi masa disitu. Sila lah apply awal ye kalian. Setakat ni tak pasti juga atas sebab apa ramai K-ETA dissaproved.
- Selesai je buat K-ETA, korang dah boleh isi terus untuk Q-Code ni. Ala2 macam Mysejahtera juga. Boleh isi online je juga disini.
- Q-Code ni paling senang dan boleh recommend buat seminggu sebelum pun boleh. Jangan risau, just isikan info tentang passport, berapa hari tinggal sana, health condition then nanti akan generate QR code. Done!