Life as a student: CS110 UiTM - Diploma Sains Komputer belajar apa? - Atiqah Mohamad Ikhsan

Life as a student: CS110 UiTM - Diploma Sains Komputer belajar apa?

By Atiqah Mohamad Ikhsan - March 21, 2023

 Hi! Post kalini nak cerita lebih mendalam subjek-subjek sewaktu bergelar pelajar diploma CS110 UiTM. Just for your information, Tiqa adalah Alumni CS110 UiTM Chendering, Kuala Terengganu. Start semester dari Jun 2015 - Januari 2018. 

Kepada sesiapa yang dapat kos ni di UiTM KT, HI!!!!!๐Ÿ˜

Entri kalini kiranya berguna la untuk:

  1.  Adik-adik yang pasca SPM, tak tahu nak pilih bidang apa ataupun 
  2. Yang memang dah berazam nak pilih bidang komputer  
Boleh la rujuk page Tiqa ni ya. Harapnya boleh bagi korang nampak la sikit apa benda yang korang akan belajar & what to be expect je lah senang cerita. 

Post kalini memang nak mengenang balik je subjek yang pernah dibelajar dulu & results untuk setiap subjek yang diambil. Results tu cumanya nak buat kenangan je la dalam blog ni, bukan nak riak ke apa tau. 

It has been a long time since then, so maaflah kalau ada yang ingat-ingat lupa pasal certain subjek ๐Ÿ˜‚ Nanti kalau ingat, Tiqa akan update semula la post ni. Hehe


1) Subjek CS110 - Diploma of Computer Science:

First sekali korang kena tahu course outline untuk course code CS110 UiTM ni. Total ada 5 semester which is korang akan habis belajar Diploma dalam masa 2 tahun & 6 bulan. 

Satu (1) semester sekurangnya kena complete kan 18 jam kredit. Kena cukup jam kredit baru boleh tamatkan pengajian. Jadinya tak hairan lah ada subjek macam kokurikulum, agama islam, english and so on. 

In total ada 34 subjek, termasuk lah latihan praktikal (internship). 


2) Explanation Subjek & Result Semester 1 - Semester 5: 

Semester 1


  • ACC106 - Introduction to Financial Accounting & Reporting: 
- Kalau nak diikutkan, Tiqa pun tak faham la kenapa tiberr ada subjek Akaun ni tapi kira bagus la untuk pemahaman am kita. Tahu term-term akaun macam debit, credit, liabiliti dll. Belajar macam mana nak kategorikan kereta tu liabiliti ke aset, rumah pulak dalam kategori sekian-sekian. Bagus untuk ilmu finance. 

- Sem 1 Tiqa banyak lagha, kira dapat B result ni pun memang sujud syukur betul la sebab masa jawab exam bila dah kira-kira debit & credit, jumlah baki tak balance ya (dalam exam bila dah buat kira-kira kena balance duit both in column debit & kredit). Termenung je la mat dalam dewan exam ๐Ÿ˜‚
  • CSC118 - Fundamentals of Algorithm Development
- Coding time! Basically korang kena fahamkan macam mana nak buat coding. Ada 3 basic rules which are INPUT, PROCESS & OUTPUT. Contoh senang, macam mana nak keluarkan duit dari mesin ATM?  Boleh refer gambar. 

(SlidePlayer.com. By Georgina Stevens )

- Daripada sini kita boleh juga implementkan bila nak buat coding ataupun kita panggil 'algorithm'. Maknanya, langkah-langkah apa yang perlu kita buat supaya dapat ouput yang kita nak. Contoh, kalau nak kira perimeter & area rectangle macam mana?


 - Bila dah buat kotak macam ni baru dapat fahamkan proses. The rest, we just have to masukkan dalam equation coding kita. In shaa Allah, bila dapat soalan lain pun, boleh apply the same theory macam ni juga. 

  • CSC128 - Fundamentals of Computer Problem Solving
- Ni pun sama macam CSC118 atas ni tapi lagi fokus on banyak data. Time Tiqa dulu pakai software Dev-C++ nak belajar coding C++ (pronounce: cee-plus-plus)! Jakun sungguh la waktu ni. Dah la takde basics coding, so, terkial-kial nak belajar but with exercises & much efforts you can learn it in no time at all.

- This subject banyak sentuh topik array & loop. Kat sini la nanti korang maybe akan pening sikit macam mana nak buat coding untuk data banyak tapi dia akan keluarkan output yang berlainan berdasarkan rules yang korang dah buat. 

(contoh soalan assignment)

- Do note that it is a fast pace learning. Expect yang korang akan diberi banyak assignment coding sebab nak bagi korang faham cepat. It's okay kalau you tak dapat nak adapt laju pun, asalkan you know the drill & step-by-step untuk fahamkan setiap segment coding tu untuk apa. Buat exercise! Youtube pun banyak membantu. 

  • CTU101 - Fundamentals of Islam 
- Subjek agama Islam ni tak kurang banyak macam yang kita belajar dari sekolah menengah. Cuma nak asahkan lagi topik-topik berkenaan dengan kehidupan kita macam zakat dll. So, korang tak perlu risau sangat pun subjek ni. Cumanya masa dapat assignment, buat elok-elok sebab nanti carry mark tu yang penting nak dibawa ke finals. Kalau carry mark assignment kureng, finals nanti dapat sikit juga. 
  • ELC120 - Integrated Language Skills: Listening 
- Subjek English yang ni banyak main dengan listening. Buat banyak praktis conversation English & tulis betul tak apa yang kita dengar tadi tu dengan jawapan kita. 
  • HBU112 - Civil Defense 1 
- Kokurikulum yalls! Time ni korang pilih la nak masuk unit ko-ko apa yang sesuai dengan jiwa & raga korang. Ada macam-macam badan beruniform korang boleh pilih tapi ikut UiTM Branch masing- masing. Lain branch, certain options je ko-ko yang available:
  1. Kesatria Negara (paling banyak berlari ๐Ÿ˜Œ)
  2. Jabatan Pertahanan Awam Malaysia 
  3. Kadet Bomba
  4. Badan Pertolongan Cemas
  5. Kesatria Kembara
  6. Brass Band 
  7. SUKSIS
  8. PALAPES
  9. Debat
  10. Sukan (pingpong, bola sepak, bola tampar, memanah)
  11. Kesenian & kebudayaan
- Tiqa masuk JPAM dulu, kira macam combination of ko-ko sekolah Pengangkap + Bomba + PBSM. Sebab belajar macam mana nak selamatkan orang awam dalam hutan, belajar ikatan tali, latihan amali, camping dan semestinya belajar kawad. Banyak aktiviti best Tiqa dapat buat dulu! 
  • MAT133 - Pre Calculus 
- ALERT!! Dah nama fakulti kita pun FAKULTI SAINS KOMPUTER & MATEMATIK, jadi tak boleh lari la dari subjek Matematik. Semester 1 ni kita kena ambil Pre-Calculus. Ala-ala macam add math time sekolah menengah tu. Bagi sesiapa yang dah cuak sebab ada subjek calculus ni, jangan la dibimbangkan. Dah masuk universiti ni, silibus takde la sebanyak waktu sekolah menengah. Yang pasti banyakkan bertanya dengan lecturer kalau tak faham. 


Habis sem 1, next! 

Semester 2 

  • CSC138 - Structured Programming
- Sambungan daripada subjek semester 1, CSC128. Main topic is array, index, parameters, sort dll. Contoh, macam mana nak buat coding kalau kita nak susun bulan Januari - Disember ikut alphabetical order? Another example is, refer dalam gambar bawah ni:


- Mind boogling? Yes. Difficult? Yes. Takpe, buat slowly & fahamkan setiap row of coding tu. Letak cooment untuk tiap row. //comments like this dalam coding. Bila dah faham nanti, lagi syok nak buat soalan lain & run the program. 

  • CSC159 - Computer Organization 
- Uuu favorite subject! Sebab kat sini kita akan belajar silibus tentang AND,OR,NOT,XOR. Dulu masa sekolah menengah ada belajar ni dalam subjek Kemahiran Hidup untuk reka bentuk teknologi. Sebab kita banyak main dengan electrical appliances kan, so kena tahu macam mana nak bagi aliran elektrik mengalir dengan fahamkan konsep atas tu. 




- Ada belajar tentang circuit diagram juga macam mana nak lukis, hexadecimal, binary, CPU, assembly language dll. Sesiapa yang minat untuk majoring dalam computer network, this subject can give you lots of benefits in bila you sambung degree/master nanti. 
  • CTU151 - Islamic Though & Civilization 
- Kalau tak silap subjek ni akan belajar tentang Tamadun Islam, more specifically about Tamadun Uthmaniyyah & how they were able to prosper in various section such as economics, technology, & how it affects our politics in islam dan budaya. 
  • ECO120 - Principles of Economics
- Ohh Econ, I've missed you so much! Shout out to Madam Jannah UiTM!! Hands down the best lecturer I have had to teach this particular subject. Madam Jannah tegas, garang tapi kalau nampak student dia ikhlas nak belajar & banyak bertanya dia suka. 

- Kita akan belajar microeconomic & macroeconomics! Kenapa ada inflation dalam dunia? Belajar the law of supply like kenapa ada demand nak beli beras? Belajar macam mana nak kira & buat graf untuk elasticity price. Contoh harga lipstick kat Guardian dah naik dari RM19.90 jadi RM20.90. Berapa elasticity price dia? 


- Bagus untuk ilmu ekonomi anak muda! 
  • ELC150 - Integrated language Skills: Reading
- Macam biasa, bila dah belajar Listening, semestinya ada tentang Reading. Mostly, tentang pemahaman kita dalam bahasa Inggeris menerusi bacaan. Kita faham ke karangan tu pasal apa? Nak test pemahaman dalam English. 
  • HBU122 - Civil Defense 2 
- Koko time! Selalunya kalau dalam UiTM, bila semester 1 korang dah ambil JPAM, sampai semester 2 & 3 pun akan JPAM juga. Melainkan kalau korang ambil KESATRIA NEGARA, next semester boleh ambil ko-ko lain macam sukan & seni budaya. 
  • MAT183 - Calculus 1 
- Calculus macam Pre-calculus cumanya banyak lagi la nampak sin,cos,tan,diffenretiation semua tu. Memang macam add math tapi lebih sikit. ekeke. Boleh try tengok gambar bawah ni:


- Subjek Pre-Cal masa semester 1 haritu subjek core tau! Kalau korang pass subjek tu, kena ambil Calculus 1 pulak. Kalau fail, kena repeat balik subjek yang sama. Kalau selepas 3 kali repeat pun fail jugak, tak silap Universiti akan bagi surat that you have been dismissed & tak boleh teruskan pengajian unless you buat rayuan semula ke UiTM. 

Next! 

Semester 3

  • CSC238 - Object Oriented Programming
- Subjek ni Tiqa belajar JAVA! Another programming language yang wajib korang belajar dalam UiTM. Korang akan belajar macam mana nak faham coding JAVA ni from basics cuz gorl it's another world untuk faham sebab ada encapsulation, object, subclass etc. 
  • CTU211 - Science and Technology in Islam
- Kaitan al-quran dan sunnah dengan sains & teknologi. Tentang asas fiqh which is kefahaman manusia terhadap syariat Islam sebagaimana yang diwahyukan dalam al-Quran dan as-Sunnah agiteeww! 
  • ELC230 - Integrated Language Skills: Writing 
- Like the title has it, korang akan belajar untuk buat karangan atau writing in english. Kosa kata, grammar, adjectives semua diambil kira. Korang boleh expect la assignment nanti memang banyak buat karangan & esei non-stop ๐Ÿ˜‚

  • HBU132 - Civil Defense 3
- Koko! 
  • ITS232 - Intoduction to Database Management Systems 
- Haa, nanti ni kita akan belajar tentang Database. Contoh, bila kita nak sign up Instagram, macam-macam info dia suruh bagitahu kan. Lepas tu ramai users yang guna apps IG ni, based on Google ada 2.35 billion users kot! Macam mana nak simpan information yang banyak gila ni? Dalam database la. Ada cara juga macam mana nak cari specific info dalam database, kita panggil dia SQL. Dia macam ada language dia juga baru kita boleh jumpa info yang kita nak. 

(contoh soalan untuk subjek database ni)

- Haa nampak tak db2 => SELECT EMPNO, LASTNAME, BIRTHDATE .....  tu? Itulah SQL. Kira macam kena faham bahasa asing je la nak hafal cara-cara nak panggil certain info dalam database.
 
- Kalau dari soalan ni, kita boleh nampak dia nak tengok data Employee Number (Nombor ID unik pekerja), nama terakhir, hari jadi & gaji. Daripada list tu, dia cari gaji yang lebih dari 3,000 je. Lastly, dia sort kan data tu untuk keluar daripada yang gaji besar sampai la gaji yang paling kecik. 
  • MAT210 - Discrete Mathematics 
- Wow subjek ni macam campuran mathematics & electrical tadi. Kena belajar logic law ๐Ÿ˜ฒ Kena hafal tau law ni sebab banyak & nanti macam-macam jenis logic dia tanya True ke False? Tak boleh nak cakap banyak, korang tengok je la contoh soalan kat bawah ni. Kah3. 

(contoh soalan no.1. Studydocu. Muhammad Syahmi)

(contoh soalan no.2. Belah kiri tu bukan bahasa alien ya. Tu memang mathematical expressions.)

  • MGT162 - Fundamentals of Management 
- Basically belajar tentang Management dalam company. Korang akan belajar hierarchy alam pekerjaan tu macam mana. Setiap ahli ada tanggungjawab masing-masing. Kalau untuk case study, korang akan belajar kenapa company besar boleh ambil banyak lagi pekerja, visi & misi, what's the motivation, apa benefits untuk company, benefits untuk pekerja dll.

Go ahead! 

Semester 4 

  • CSC204 - Practical Approach of Operating Systems
- basically korang belajar tentang basic Operating Systems (OS). Ada banyak jenis OS tapi yang popular sekali Windows OS! Kita nak belajar macam mana dia boleh operate sampai la dia boleh handle & buat banyak kerja dalam satu masa. Contoh, kita minta dia printkan gambar, sambil tu still boleh bukak Google nak cari pasal resepi makanan & then tab lain kita buka Youtube buka lagu Teletubbies. 

- Tu semua ada process tersendiri & kita belajar macam mana OS ni buat kerja. Gitu jah! 
  • CSC248 - Fundamentals of Data Structures 
- Another extension of JAVA subject dari CSC238! Masih dalam array area, nanti dalam exam dia akan minta kita apa output untuk coding sekian-sekian. Kita akan belajar juga macam mana nak sort data, search data yang banyak-banyak. Combination subjeck coding & database. Pening sedikit la. 

(contoh soalan)

- Time ni memang kena banyak buat latihan coding. The best way for you to undersdtand memang kena selalu tengok soalan past year & double check jawapan dengan lecturer! 
  • ENT300 - Fundamentals of Entrepreneurship 
- Belajar tentang macam mana nak buat business. Ala-ala macam sekolah menengah dulu ada buat jual biskut, popcorn or anything. Time Tiqa dulu kitorang buat coffee-based product! Ada buka kedai kopi & saki baki kopi yang ada dalam factory boleh buatkan jadi sabun mandi/scrub. ๐Ÿ˜Š
  • ITS332 - Informations Systems Development
- An extension of subject dari Semester 3 ITS232 - Database. Time ni korang dah kena develop a database, 

- contohnya: korang nak kena buat database nak simpan information tentang result semester 4 korang. Users dia nanti mestilah lecturers & students. Student kena simpan info apa, lectuer pula? Macam mana diorang ni nanti berkait? boleh view je ke result tu or nanti boleh edit tukar markah tu sesuka hati je? Haa gitu lah amnya. 
  • ITT270 - Digital Electronics 
- An extension juga dari subjek Sem 2 CSC159 - Computer Organization. Banyak betul ya extension ekeke. Belajar juga NAND,NOR & lagi besar circuit diagram dia. Uhuhu. 

(contoh soalan)

- Haa agak-agak faham tak apa dia mintak? ๐Ÿคฃ
  • STA116 - Introduction to Probability & Statistics 
- uwu new subject through the semester is the intro to statistics! Ohh, bestnya dapat belajar ni dulu. Kena laju gila buat kira-kira & faham soalan dia mintak apa. Cumanya kalau salah satu, salah semua. Jadi kena berhati-hati la sikit buat pengiraan tu ya. 

(Contoh soalan)

- Kena banyak buat latihan & bila dah terer, korang boleh buat laju soalan apa-apa pun. 

Dah nak habis dah yeay! 

Semester 5 

  • CSC253 - Interactive Multimedia 
- Subjek elektif! Tiqa pilih yang ini sebab masa habis je semester 4, kitorang dah kena pergi internship. Syarikat yang Tiqa kerja dulu buat buku-buku English & Mandarin untuk pelajar sekolah rendah. Tiqa juga dulu ditugaskan untuk siapkan bahan softcopy ikut buku yang dah printed. Kiranya buat video belajar ABC, 123, masukkan musik dll la. Banyak guna software Adobe Photoshop & Premiere untuk buat video & lukisan semua tu. 

- Jadinya bila dah ada ilmu sikit guna software-software Adobe tadi, rasa macam nak ambil Multimedia ni la tapi memang kena ada jiwa raga kreatif & passionate ya amik subjek ni. Assignment kitorang dulu kena buat video rhyme nursery - Old Macdonald Had A Farm untuk kanak-kanak. Kena lukis sendiri, musik ambil dari youtube je, kena buat lirik pastu buat macam bebola bulat tu ikut lirik. Memang masa nak presentation tu, the whole day still siapkan lagi projek video ๐Ÿ˜‚ 

(contoh video nursery rhyme)

- Lecturer kitorang best sebab dia memang suruh kita belajar pakai software yang ada. Assignment dia pun semua best-best juga walaupun terkial nak pakai Adobe tu. Kalau korang ada minat tang multimedia, boleh ambil subjek ni. 
  • CSC301 - Visual Programming
- Oh subjek ni macam gabungan database + coding. Cumanya software kita akan guna VB (Visual Basic). It is a drag-and-drop software. Kita boleh create macam website guna software tu & nanti kena tulis coding fragment untuk bagitahu yang box A ni akan keluarkan data apa, yang box B keluarkan results and so on. It was fun & hard at the same time. Jenuh nak selak buku untuk belajar macam mana nak coding & connectkan pergi ke database. Yang penting kena selalu praktis guna software ni & try la ajak kawan-kawan belajar sekali. 

(contoh software VB & coding )

- Time Tiqa dulu kitorang kena buat seakan macam website zakat. Nanti masukkan kiraan ikut gaji tahunan/bulanan, then boleh tahu berapa patutnya kita bayar untuk tahun tu. Boleh refer website zakat nak tengok contoh. 
  • CSC318 - Web Application Development 
- Another favorite subject! Boleh belajar cara-cara macam mana nak build a website using HTML, PHP, Javascript & CSS language. Contohnya, macam blog Tiqa yang korang bacani ! Banyak pakai language ni juga. Nanti korang boleh belajar macam mana nak bagi website tu cantik, user-friendly, warna yang sesuai. 
(contoh soalan no 1 untuk subjek ni)

(contoh soalan no 2)

- Bila ada website, mesti lah ada database juga. That is why kenapa korang kena belajar elok-elok subjek ni sebab dia ada banyak benda juga nak kena belajar & faham dengan cepat. Dulu group Tiqa kena buat website Gym. So, siapa yang nak jadi member kena daftar dulu & boleh tengok apa benefit yang dia boleh dapat dengan Premium, Gold & Silver member card. agitew la! 
  • CSC397 - Practical Training 
- Do note that Tiqa internship lepas habis semester 4. 6 bulan. Alhamdulillah, dapat tempat kosong di Millennium Software, Kepong masa tu. Jenuh ajak lagi kawan-kawan lain Tiqa intern tempat sekali. Dapat position as a Multimedia Designer. Antara tugas Tiqa waktu tu ialah:
  1. Handle primary school education books for both English and Mandarin.
  2. Have to develop animation video & motion graphics using Adobe Photoshop, Adobe Animate and Adobe Illustration.
  3. Combine text, audio, animation, and video to create informational content for the children books.
It was tough sebab agak jauh dari rumah & strict management tapi bearable la masa tu sebab dapat buat sama-sama dengan kawan Tiqa & husband (yes, waktu tu husband belajar UiTM Raub & dapat tahu kitorang course sama masa picnic high school reunion, so alang-alang ajak sekali๐Ÿ˜œ)

- Tiqa sarankan korang bila nak intern tu kan, cari kat website company-company yang besar & well-known. Nanti korang dapat exposure how the organization works & dapat networking dengan orang-orang dalam company or kata lain nya "cable". Contoh company macam:

~Oil & Gas (Petronas, Shell, Schlumberger, BHP, )
~Big 4 Audit Firms (Ernst&Young, KPMG, PWC, Deloitte)
~Banking (Hong Leong, Maybank, Bank Rakyat, AMBank, SeaMoney, HSBC, UOB, Standard Chartered, dll.)
~Telecommunication/Internet (Celcom, Digi, UMobile, Maxis, TM, Time)
~E-Commerce (Shoppee, Lazada)
  • ITT300 - Introduction to Data Communication & Networking 
- Oh my baby! Untuk korang yang ada minat ke arah computer network which involves hands-on project dengan internet device eg: router,switch,AP amat disarankan untuk ambil subjek ni ya! Memang korang akan belajar tentang wayar internet, IP address, subnet, network analysis, belajar guna software Wireshark & Packet Tracer. Best! 

(contoh soalan IP Address & subnet)

(contoh software Packet Tracer, virtual belajar nak setup IP dekat PC, router, switch. Bila masuk degree korang akan buat pakai real device nanti. Best sangat! )

- Agak mencabar untuk belajar tapi bila dah faham sangat best! Sebab tu la masa degree, Tiqa ambil CS245 - Data Communication & Networking, which also known as code CS255 - Computer Network now. Kalau tak silap, lecturer Tiqa masa tu cakap dalam batch, Tiqa the only one yang manage dapat A dalam finals untuk subjek ni. Tehee. 
  • MAT263 - Linear Algebra 1 
- Another favorite subject! Rasanya the only math subject (aside from statistics) yang Tiqa enjoy betul belajar. Mainly belajar tentang Matrix & Vector. Very intriguing jalan kerja dia & senang faham. Bila buat exercise banyak, memang senang je la tangkap dah macam mana nak buat jalan kerja dia. I think you guys will enjoy it as well. 

(topik Matrix)

THE END 

Well, that's it! The last semester & you are on your next path in life. 

5 semester = 2 tahun 6 bulan. Selama beberapa tahun ni, make sure awak semua pandai pilih kawan yang baik, satu kepala & would reach out their hands to help you. Sama-sama belajar. Yang paling penting, have fun throughout your journey cuz life is too short untuk stress! 

Untuk sesiapa yang bakal ambil subjek CS110 ni, Tiqa doakan semoga dipermudahkan segala urusan korang untuk belajar subjek-subjek ni. Buat banyak latihan past year & jumpa lecturer untuk bincang kan jawapan tu. Kalau tak faham, tanya baik-baik. Jaga solat & jaga diri. 

All the best semua! 


  • Share:

You Might Also Like

1 comments

  1. assalamualaikum. terima kasih atas panduan. Boleh saya tahu ada tak notes or buku yang nak diletgo ya. Nak beli untuk anak.

    ReplyDelete