Life as a student: PEERS'22 Simposium FSKM @ UiTM Shah Alam - CS708 Master of Science in Computer Networking
November 08, 2022
Hi!
Nak cerita masa dapat peluang untuk present Dissertation di PEERS'22 Simposium di UiTM Shah Alam bulan Mac 2022 haritu. Alhamdulillah, batch kami masa ni dapat peluang tu dan pensyarah semua minta pelajar2 tahun akhir yang kena buat dissertation semester tu untuk present la tapi tak ramai yang dapat hadir sebab ye lah dah bekeluarga & bekerjaya kan.
Ada yang kena outstation, ada yang masuk labor room nak beranak. Macam2 hal ya tapi Tiqa one of the few dari batch Fakulti Sains Komputer & Matematik masa tu yang dapat join. 😊 Dan dibawah supervisor, Mr.K waktu tu Tiqa & Kak Wahida dapat hadir untuk present kan dissertation kami berdua.
Simposium ni apa?
Simposium ni kiranya macam boleh dikatakan persidangan la. Dalam persidangan kalini, ada nya pensyarah jemput individu dari profesional yang pakar dalam bidang masing2.
Yang bestnya waktu simposium ni bukan macam ala2 kena kritik kaw2 dengan pensyarah ke apa. If anything, diorang bagi constructive feedback. Macam mana nak kecilkan lagi scope on your research. Apa lagi yang boleh dibuat & data yang mungkin akan lebih berguna in real-world application.
Schedule PEERS'22 :
8.15 AM: Registration & Breakfast
8.45 AM: Event Kick-off & Welcoming speech from Dean Prof. Ts. Dr. Haryani Haron
9.00 AM: Group Speaker Session 1: Mr. Mohd Fazlin Shah Mohd Salleh
10.00 AM:Group Speaker Session 2: Mr. Mansor Abd Latiff
11.00 AM:Parallel Sessions (PS)
PS Room 1 (Omar Khayyam*)
PS Room 2 (BK28)
PS Room 3 (Smart Classroom)
Holding Room 4 (BK29) *Online Session
01.00 PM: Lunch & Prayer
02.00 PM: Group Speaker Session 3: Mr. Mohd Dzulkaedah Zaharuddin
03.00 PM: Networking & Tea Break Session
Seawal 8 pagi dah sampai UiTM sebab nak check nama & register. Rasa macam wow sangat masa tu sebab sepanjang 3 semester belajar tak pernah jejakkan kaki ke UiTM Shah Alam kan. Baru la nak merasa time tu, jakun sunggah Atiqah ni hehe.
Lepas dah register nama, dapat la tag nama ni. Rasa macam wahhh ada nama den la kat sini, sekali dengan tulis PRESENTER. Lepas tu terus pergi breakfast dengan encik husband (tunang waktu tu). Dia la yang rajin bawak kehulur kehilir saya yang buta jalan ni. Takut nak drive sensorang. Hahaha.
Masa tu kalau nak tengok Abstract pelajar lain ada diorang buat flipbook. Sekali dengan nama & dimana diorang akan present nanti. Boleh tengok kat sini. Welp tak pasti la kalau korang nampak Tiqa punya ni ha. Tapi sekurangnya sempat juga la screenshot untuk Tiqa punya abstract. Dari sini boleh nampak dah la Tiqa kena present di Smart Classroom PS Room 3. Jenuh mencari bilik kelas ni.
Dan setiap pelajar kena buat poster la semestinya. Jenuh juga fikir macam mana nak letak semua figures dari dalam report ke poster. Kalau boleh nak letak semua figures supaya lagi senang nak explain tapi apakan daya. Yang paling penting figures results la semestinya. Tu je yang para examiner nak tengok. Alhamdulillah, 2 examiner time ni baik sangat.
Mereka dua memang banyak membantu bagi idea if I would ever want to drill down lagi research ni. Sebab salah seorang examiner waktu tu ialah Data Analyst di Maybank. Memang dapat banyak input dair segi point of view orang industri. Everything ended well tho that day, yeay!
Masa tu hanya dapat stay sampai pukul 1.30 petang je dekat simposium ni sebab ada hal peribadi lain yang perli diuruskan waktu tu. Sebelum balik tu dapat la beg, plaque, buku nota & baju tshirt untuk PEERS' 2022. Korang kalau ada peluang untuk present dekat simposium, sila ambik peluang tu tau! Best sangat sebab dapat kumpul ramai2 dan present kepada examiner. Sebab ni bukan present kena kutuk, kena maki ke apa. If anything, they wanted to know about our project dan nak tengok apa yang boleh diambil dari data2 yang ada.
Kira macam knowledge transfer. Agitew! You guys should try it!
Tu sahaja entri saya kali ni. Assalamualaikum!