Life as a student: Results & subjek CS708 - Master of Science in Computer Networking - Atiqah Mohamad Ikhsan
APF

Life as a student: Results & subjek CS708 - Master of Science in Computer Networking

By Atiqah Mohamad Ikhsan - November 07, 2022

Assalamualaikum semua! 

Rasa lama tak share liku2 perjalanan belajar ni. Kalau dulu masa diploma & degree takde pun update tentang education journey jadi rasa rugi sangat. Sekurangnya bila ditulis dalam blog ni, boleh mengimbau balik kenangan semasa belajar. Boleh ler rasa nak bangga sikit dengan pencapaian diri sendiri & finally boleh cakap, you did well dear self! 

Alright, let's go! 

Semester 1: 

- To be honest, masa ni kalau tengok on the subjects tu 2 out of 4 memang dah pernah belajar sewaktu degree tapi memang advanced sikit la silibus. Another 2 subjects tu boleh mencabar kesabaran & minda saya ketika itu. 

ITT771 - Advanced Network Design, is basically a subject where we are trained to do a better network/security design in a building. Macam contoh, company ABC minta kita tolong setupkan WiFi network diorang pakai AP (Access Point a.k.a WiFi device) dari level 1 sehingga level 3. Dari sini kita belajar kat mana nak letak AP, PC, server room, pakai wire apa dll. 

Subjek ITT773 - High Speed Network masa tu banyak kena buat assignment on review paper dan baca article on certain topic. Rasa keboom! kepala baca banyak research paper. Ceritera dia memang waktu makan & minum pun still baca research paper sebab nak bagi faham topic yang dah dapat waktu tu. 😭

As for subject ITT783 - Network Performance tu pulak basically belajar probability. Best! Cuma yang tak best waktu tu masa group assignment kena buat simulation guna tool "Matlab". For anyone yang dah pernah experience pakai memang senang la sedikit nak siapkan, tapi kami 1 group semua tak tahu nak pakai tool tu macam mana. Jenuh juga minta  izin lecturer pakai tool lain tapi masih tak tahu juga nak create simulation based on equation yang dipinta but we did our best, shout out to Kak Wahida yang dapat buat simulation guna tools tu! 

Last but not the least, ITT784 - Internetwork best because it is all about network! Belajar tentang routing protocol dan kalau tak silap akan dapat certificate CCNA juga academically. Masa ni belajar setting up router/switch/core switch/PC. Sebab masa sambung Master ni time COVID, so everyhting is online. Kalau tak, memang hands-on buat benda ni. Best sebab kena cucuk wayar & masuk bilik khas untuk network devices. UiTM guna CISCO device. Yang penting memang banyak simulation pakai Cisco Packet Tracer. For anyone yang sebelum ni bukan dari bidang Data Communication/Networking, you guys can self-study & buat banyak2 latihan yang lecturer bagi ni sebab ada step-by-step untuk buat. All the command for each device ada disediakan. 


Semester 2: 


- Wow masa ni dapat APF rasa best sungguh waktu ni. Hahaha. Kembang hidung la sikit. Kalau  nak tahu untuk Postgraduate for UiTM lain sedikit. Kalau dulu nama dia Dean's List kan untuk Undergraduate kan, tapi Master & PhD dipanggil nama APF. Kalau nak dapat APF ni kena 3.75 ke atas baru dapat but for Diploma & Degree 3.50 dah dikira Dean's List dah. Begitulah cerita dia. 

Okay continuing on, subject ITT785 - Advanced Wireless is basically belajar pasal kelebihan wireless from wired network. Memang banyak belajar history of data communication dari 1G -> 5G, WLAN, WiFi technologies A,B,G,N,C dll. Dulu macam mana nak hantar data from one point to another. 

Next, ITT787 - Concurrent & Distributed System. Omg, perkara paling mencabar for us masa group assignment was sebab masa kitorng sambung belajar ni kan time COVID19, so memang hangat betul la assignment kena mengena dengan COVID19 & how the technology has been a huge help for us in detecting other people yang sakit dan manage a large amount of data at one time. We were to create a system to ditribute that data much like our MySejahtera masa tu. Whether to do it as a centralized or or decentralized, anything ikut pendapat masing2 & we have to present our system untuk convince kan our lecturer the best as we can why our system masa tu is the best. It was hard, yes but it was surely memorable. 👏 Not that we have to make the system itself macam application ke apa but we just have to make a proposal on the system. Tu sahaja tapi bergenang airr mata sungguh la masa buat group project ni. Nasib baik dapat A. 


As for ITT788 - Advanced Network Security belajar tentang basic security such as Cryptography, DNS security, threat analysis, HTTPS, SQL injection and etc. It was fun belajar subjek ni sebab boleh tahu analysis apa nak kena buat untuk setiap cases. 

Lastly, ITT798 - Research Methodology is where you need to do your proposal for dissertation next semester! Sangatlah disarankan buat future students for you guys to think siap2 dah korang nak buat dissertation pasal apa, it's better that way tau. Senang sikit nak cari bahan, tools apa senang dipakai, kat mana nak cari data. Nanti just cari lecturer mana yang sesuai untuk jadi supervisor korang. 

Tiqa masa tu kanak2 ribena riang hati lagi tak fikir apa2 berat sangat pasal dissertation. Tiqa dah belajar from my own mistakes macam last Final Year Project (FYP) waktu degree, I had to develop new mobile application & bahan2 IoT, jenuh nak siapkan. Tu pun minta tolong orang luar untuk ajarkan coding. Yang penting korang jangan la buat something yang out-of-reach for you guys sebab takut takde masa nak buat research on the proposal tu. Lagi2 bila sambung belajar sambil bekerja. 😵 Learn from my mistakes please! 


Semester 3: 



- Best waktu semester akhir ni sebab hanya ada 2 subjek je kena fokus. One of them is known as ITT786 - Advanced Network Programming. Saya bukan lah seseorang yang minat dengan programming coding ni jadi saya memang merana la ketika semester akhir saya ni. Baru nak relax sebab dah last semester kan, last2 dapat subjek ni. Adehh. Well basically, it depends on your lecturer nak belajar programming language apa

Waktu ni kitorang kena guna JAVA. Banyak assignment subjek ni. Dah le kena buat Server - Client communication pakai Java ni. Lepas tu kena buat macam mana dari tool tu buat communication then hantar data, copy masuk notes & boleh hantar balik kepada client. Nak bagi senang nampak kiranya macam chatbot la. Kita kena buat application macam chatbot tu, kita tanya 1+1 dia tahu jawapan dia adalah 2 & kena bagitahu kita jawapan dia. Kira macam kena conversation dengan robot. Begitulah ia.

Yang paling penting subjek last ni la, ITT796 - Dissertation. Jangan cakap la masa last semester ni, dah takde kudrat nak siapkan Dissertation sebab kena siapkan data, ada output, dan analyze la data tu. Last sekali, kita nak kena cakap betul ke hypothesis kita tu. Apa yang kita dapat from our analysis. Agitew! Yang pasti memang kena kuat semangat ya! Postgraduate memang kena banyak membaca, minimum waktu ni kena ada 100 references. Bukannya boleh main cakap je benda yang kita nak. Semua nak kena ada reason. 

Lagi satu, dataset kita kalau buat analysis at least nak kena ada 1000 data so that we can compare it dalam results. Baru boleh tengok apa yang berubah. APa yang kita boleh dapat from analysis kita. Yang penting Methodology apa yang kita pakai. 


-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Konklusinya, sedikit kecewa la ya sebab last2 nya CGPA saya 3.74 sahaja. Lagi 0.01 nak dapat APF. Kalau lah saya boleh dapat A solid untuk Dissertation tu, ish. Takpe, benda dah lepas. YAng penting lepas ni, korang yang nak sambung belajar buat sungguh2 okay. It's okay untuk rasa buntu, rasa penat, rasa hilang semangat. It's apart of the journey.Yang penting, bila dah terduduk, kita bangun semula. Nangis la puas2, termenung la puas2. Then sambung balik. Jangan biar perasan negatif tu halang kita untuk mencuba & berjaya. 

Tiqa doakan buat rakan2 seperjuangan yang lain dapat bangkit & kuat semangat untuk sambung belajar Master. Pursue your dream because often times, doubts kill more dreams than failure 😌 

  • Share:

You Might Also Like

0 comments