Hai guys! Tiqa tahu mesti ramai dah tak sedap duduk cari rumah sewa kan bagi sesiapa yg tak dapat nak ddk kat kolej.
Semua muda mudi kan in shaa Allah, ada Twitter kan?? Pihak JPNR (Jawatankuasa Non-Resident) UiTM Jasin ada akaun Twitter yg akan post berkaitan rumah sewa yg perlukan tenants so boleh👉 KLIK SINI👈
Korang boleh terus je cari kat situ. Memang senang. Selalunya akan bagi:
-gambar
-nombor telefon tuan rumah
-alamat tempat
KEJAPPPPPP !!!!! Sebelum tekan link tu dengar jap Tiqah nak cerita ni.
Okay utk siapa2 yang baru lagi bergelar mahasiswa UiTM Jasin ni, korang boleh menyewa dekat 3 tempat popular. Jeng jeng jeng!!
- Taman Lipat Kajang (a.k.a LKP)
- Kampung Seri Mendapat
- Merlimau
Sebab kadang2 tu ada rumah yang takde pun sediakan mesin basuh, almari, meja belajar or katil. So becareful tau!! Daripada duduk rumah sewa beza RM10-RM20 & tak lengkap barang2 basic macam tu lagi menyusahkan je. Membuang duit pulak tu!
Untuk sesiapa yang noobs nak cari rumah sewa sila pertimbangkan:
🔶Harga rumah sewa
🔶Berapa orang duduk dalam satu rumah (yang elok 6-7, lebih tu tak de privasi nanti)
🔶Pergi check condition rumah tu
🔶WAJIB ada mesin basuh, meja belajar, almari, katil, peti ais, tmpt letak pinggan & dapur api.
🔶Dekat dengan kedai nak beli barang2 keperluan.
- 10 minit dari UiTM
- Dekat deretan kedai depan ada 99 Speedmart yang baru je buka,
- 4 kedai makan
- Ada dewan utk main Badminton
- 10 minit dari LKP ada
-Bank Islam
-Mr.DIY
-Secret Recipe
-KFC
- Shell
-Petronas
-7 Eleven
-Jasin point (banyak brg murah & mkkn)
- Pekan Jasin ada
- Dominos Pizza
- Shell
- Petron
-Petronas
- KFC
- Bank Rakyat
- Family store (kira cam giant la)
2. Kampung Seri Mendapat🏚
- 2 minit dari UiTM (memang dkt gila)
- Padang mainan ( selalunya orang main bola sepak)
- Paling dekat nak beli barang kat Merlimau which is around 10 minutes drive
3. Merlimau🏘
- 99 speedmart
- Kedai PRINTING berlambak
- Secret Recipe
- Stesen Bas Merlimau
- Kedai peralatan tulis Soon Siang
- Banyak kedai makan
- 7 Eleven
- Cimb Bank
- Kedai Dobi
- Pizza Hut
- Politeknik Merlimau
- Dekat dengan simpang nak ke Bandar
/p.s: Jangan lupa untuk pergi check tgk keadaan rumah cemana dulu sebelum start sewa. Pandai2 la korang nilaikan ehek.
0 comments