Life as a student: CS255 - Computer Networks - Atiqah Mohamad Ikhsan

Life as a student: CS255 - Computer Networks

By Atiqah Mohamad Ikhsan - March 12, 2022

Assalamualaikum! Harini aku nak cerita tentang CS255 atau CS245 (kod course sebelum 2020) iaitu Data Communication & Networking. Sekarang ni nama dah pendek je dah Computer Networks je. Lagi senang nak sebut. 

Nak dijadikan cerita, aku ni budak CS110 - Diploma Sains Komputer @ UiTM Kuala Terengganu. Time kitorang kena isi borang penerapan degree, CS255 ni memang pilihan No.1 & sudahnya ada 3 orang je daripada batch aku dulu tu yang ambik course ni. Yang lain2 semua ambik course AI, IT, Mathematics, Biz Comp dan lain2 la sebab yang pastinya diorng memang taknak ambik Network. 😂

Kenapa aku ambik course CS255 ni? Sebab masa Diploma dulu, ada subjek Networking ni & subjek tu je yang aku rasa boleh ngam dengan jiwa. Banyak calculation guna Decimal, Binary, pemahaman tentang route, IPv4, IPv6, penggunaan tools2 macam Wireshark dll. Itu yang menarik minat aku masa tu lah sebab subjek tu susah tapi intriguing bila dah faham. 


1) CS255 ni belajar apa sebenarnya? 👀

Secara generalnya, course ni akan banyak hands-on. Switch & Router, dua hardware ni memang kau akan kena hadap dari awal sampai la habis semester kau belajar. Nak kena buat apa dengan hardware ni? Kita akan belajar cara macam mana nak configure benda tu.

Kenapa pentingnya 2 benda ni? Benda nilah yang akan connectkan kita dengan Internet. Dari point of view dunia industri, Network Engineer ni tugas dia untuk bahagikan section by section bahagian dalam switch & router tu kepada pelbagai section seperti firewall & department office (HR, IT, Account). Supaya data2 dari setiap department tak bercampur dan takde berlakunya security attack.

Configuration ni termasuklah kita kena belajar policy, routing protocol, switch protocol. Lain device, lain command untuk configuration dia. Nak kena pandai macam mana nak bahagikan IP address ikut department tu ada berapa end-users & supaya takde pembaziran, nak kena pandai design letak switch kat mana, router kat mana, nak kena tahu pakai protocol apa sebab silap2 haribulan data tak dapat nak hantar pun. 


2) Subjek apa ada dalam CS255 ? 🔍📘

Haa, gambar kat bawah ni course outline untuk CS255. Yang pastinya aku ingat dulu masa masuk degree, disebabkan aku penerapan dari Diploma, so start daripada Semester 3 tau. 

Masa tu kena ambik 8 subjek (tak termasuk koko). Sumpah menangis mat tiap malam 😂. Dah la dari habis Diploma (Januari 2018) terus sambung Degree (Mac 2018). Kelas pulak jauh dari hostel, so kena siap awal. Kawan2 rapat masa diploma semua dah tak sekelas. Classmates jenis pendiam sangat & tak friendly. Subjek pulak rasa macam heavy betul time tu lagi2 OS, TCP/IP & Network Architecture. Banyak weh silibus dia. 

Kiraan dia lagiii banyak rupanya. Semua subjek time tu kena kira. Kena lajuu. Lecturer pun ajar lajuuuuu ya amat sampai aku pun tak faham satu benda pun tapi kentalkan juga hati time tu. Aku sampai terpaksa record video kot time dalam kelas sebab memang laju. Kelas all day, assignment banyak kena pulun time malam, nak kena kenal2 dengan classmate sebab group project. No rest at all. Pada aku masa tu memang shock habis la. 

Waktu diploma boleh rilek2, kelas pun dekat. Subjek tak banyak sangat. Degree tidak ya. 

Sebab minat & tak larat jadi bodoh tak faham apa2, buat muka tebal je jumpa lecturer dan confess cakap tak faham. Nasib lecturer aku time tu dia pun rilek je ajar balik takde marah2. Terima kasih Sir Hafifi, Miss Najwa & Madam Azylia. All time fav lecturer kat UiTM Jasin dulu 💓💓


Jadinya tak perlu risau la tentang subjek tu. Okay je. Kalau tak faham, lepas waktu kelas pergi jumpa lecturer. Buat muka tengin je tanya lecturer tu. "Madam/Miss/Sir, saya sebenornye tak faham sangat ler pasai sekian2 ni tadi. Baca balik pun pening. Dari pemahaman saya......,betul ke?". Haa beradab sikit tanya lecturer tu. Baru lecturer pun lembut hati nak ajar balik ke kita. 

Yang pasti siapkan assignment dan rajin buat past years untuk finals. Then, all is well. 

3) Mencabar tak belajar CS255 ? 😅

Semestinya. Disebabkan kita ni Fakulti Sains Komputer & Matematik (FSKM), subjek Matematik memang ada. Probability, Algebra & Statistik. Silibus dia best, sumpah! Tak bestnya bila time exam/finals, kena laju buat kira2 la. Salah satu, salah semua. Agitew! 

Dan lagi satu, kalau korang amik course ni semata sebab takde coding, memang silap la 😁. Kita memang akan belajar coding juga ya, nama pun budak Sain Komputer kan. Selalunya coding language yang belajar Java & C++ untuk client-server connection. Ada subjek kena buat Web, so, HTML pun kena belajar juga. 

Last but not the least, semestinya belajar untuk independent dalam bab buat configuration hardware2 tadi. Assignment selalunya akan berdua untuk subjek berkenaan switch & router ni. Nanti akan ada soalan diorng suruh kita configure sekian2, pakai protocol apa and whatnot. Kena tahu nak pasang wayar dari port nombor berapa, ke device lain nombor berapa (selalunya melibatkan 4 devices, pening amat ya nanti). Sebelum COVID-19, nak kena hafal command segala bagai tu. Haa tak ke tercirit otaknya. 😆


All in all, tak pernah menyesal ambik course ni sebab memang minat untuk tahu dan faham. Memang ambik masa yang lama bagi aku sebab aku jenis lambat pickup tapi benda tu interesting bila dah faham tentang network connection, IP addresses, pentingnya network design tu, configuration devices dll. 

Harapnya post ni dapat menjawab la soalan2 curious tentang course CS255 ni. Kalau ada apa2 soalan boleh tulis kat ruangan komen & I'd surely reply to you, in shaa Allah. 


Bye2! 





  • Share:

You Might Also Like

2 comments

  1. Assalamualaikum kak nak tanya akak ada minta apa" pinjaman tak semasa degree. Saya check dekat mqa, cs255 takde dalam senarai so mungkin tak layak untuk buat pinjaman jpa. So mungkin ada alternative lain?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumussalam, maaf lambat reply. Akak dulu tak amik apa2 pinjaman masa degree tapi kawan2 yang lain ramai yang ambil PTPTN & JPA. Sebab CS255 dalam kategori Teknologi, in shaa Allah boleh apply untuk PIDN JPA. Boleh juga apply untuk loan MARA.

      Delete