Life as a student: CS708 - Master of Science in Computer Networking (UiTM) - Atiqah Mohamad Ikhsan

Life as a student: CS708 - Master of Science in Computer Networking (UiTM)

By Atiqah Mohamad Ikhsan - March 12, 2022

Hai semua! Dah lama sangat simpan draf untuk program CS708 - Masters in Computer Networking @ UiTM ni. Tahu2 dah habis Masters baru nak update semula post. 👀

Alright, disebabkan ramai kawan2 yang tanya tentang course Masters yang Tiqa amik ni, so, Tiqa tolong bagitahu siap2 la kat sini bantu bagi info kat orang lain juga yang berminat dengan course ni.

Segala info yang ada memang daripada pengalaman sendiri ambil course CS708 ni dan Tiqa amik mode Coursework. Ada lagi 3 post lain yang Tiqa ada cerita juga lagi tentang CS708 kalau sesiapa nak tahu lebih lanjut pasal course ni ok?

- Subjek belajar CS708 (klik sini!)

- Kenapa nak sambung Master? (klik sini!)

- Simposium FSKM (klik sini!)

Lain course, lain waktu belajar ye. Jadi sila email/ws koordinator fakulti masing2 untuk kepastian. Nombor telefon boleh tanya dekat chat bot website IPSIS UiTM 

Yang penting korang tahu macam mana nak bahagikan masa bekerja & masa belajar. Yang Tiqa tahu setakat ni bagi FSKM (Fakulti Sains Komputer & Matematik), tak kira full-time atau part-time: 

  • Kelas on weekends sahaja, iaitu hari Sabtu & Ahad. 
  • Kelas seawal 8pagi - selewat ke 2 petang. 
  • 1 subjek, kelas 3 jam. 

1) Apa beza full-time & part-time? ❓❔

Full-time

Part-time

· Minimum belajar 3 semester (1.5 tahun)

· Maximum belajar 4 semester (2 tahun)

· Minimum belajar 4 semester (2 tahun)

· Maximum belajar 8 semester (4 tahun)

Boleh apply mana2 loan seperti GREP MARA, JPA, UPTA, Bank Rakyat dll.

Tak boleh apply mana2 loan a.k.a duit sendiri

· 4 subjek/semester

· Tak boleh tolak mana2 subjek

· Wajib ambil subjek yang fakulti dah tetapkan

· Sekurangnya 2 subjek/semester

· Boleh nak tolak subjek


2) Nak ambik Coursework /Research/ Mixed Mode? 😥

Ikut citarasa masing2. Ada orang taknak terikat dengan jadual kelas, ada yang suka berkenalan dengan kawan2 baru sebab nanti boleh sama-sama tolong dll. Senang cerita Tiqa bagi dalam jadual kat bawah ni ya: 

Mode

Research

Coursework

Mixed

Kelas

Tiada

Ada

Ada

Masa

Lebih banyak masa untuk focus pada research

Terikat dengan jadual kelas, assignment & exam

Terikat dengan beberapa subjek & research

Completion

Research sahaja

        · Lulus semua subjek

        · Dissertation

      · Lulus subjek

       · Thesis (pemarkahan lebih tinggi untuk Thesis berbanding Dissertation)

Ikut tips dari senior & pengalaman yang lepas, kalau korang jenis kuat semangat, boleh terus ambik research je. Tak perlu pening2 fikir nak ambik subjek, setelkan assignment apa semua. Cumanya Masters by Research ni kena rajin. Rajin baca, rajin mengkaji, rajin buat simpulan dari jurnal2. 

Ikut pengalaman Tiqa yang kena siapkan Dissertation haritu je pun, lemah semangat dah. Dah 3 semester, kita ni dah la kerja syif 12 jam on weekday, on weekend dah kena belajar apa semua kan. Tiba2 rasa taknak buat apa2 dah, faham tak? Taknak tulis results, taknak baca jurnal. Penat. Otak dah penat. Nasib baik ada kawan2 sekelas yang bagi semangat nak siapkan, tu yang paksa diri buat juga. 

Jadinya, korang nilai diri sendiri tu macam mana. Then, buat solat istikharah. Yang penting, apa2 pun fizikal & mental kena jaga ya. 

3) Apa contoh subjek dalam course CS708 - Masters in Computer Networking ni? 📖

Alright, in total ada 10 subjek yang Tiqa kena ambil. Disebabkan Tiqa berstatus pelajar sepenuh masa, maksudnya kena habiskan belajar dalam masa 1.5 tahun iaitu bersamaan dengan 3 semester. 

Setiap semester Tiqa WAJIB ambil 4 subjek la maksudnya. Nak nampak senang, Tiqa tulis bawah ni siap2 bagi nampak setiap semester tu macam mana:

Sem 1 - 4 subjek 

Sem 2 - 4 subjek

Sem 3 - 2 subjek

Gambar bawah ni course outline di UiTM untuk CS708:

Siapa2 yang sebelum ni memang pelajar UiTM daripada course CS245/CS255 - Data Comm. & Computer Network, makanya tiada masalah besar sebab silibus dia lebih kurang sama aje macam waktu degree dulu. Contoh macam subjek 

  • Network Design,
  •  Internetwork Technologies,
  •  Wireless Networks, 
  • Network Security 
  • Network Programming. 

5/10 subjek tu kira dah senang la sebab memang lebih kurang dengan apa yang kita belajar masa time degree dulu tu. The rest memang kena struggle sikit la nak belajar nya lagi2 sebab COVID-19 ni kan, kebanyakannya kelas online. Jadinya ada problem2 lain macam WiFi lambat, internet tiba2 takde, tersekat2 suara & macam2 lagi la. Nampak remeh tapi memang boleh mengundang stress ye 😂


Okay, tu sahaja lah setakat ni jawapan untuk soalan2 yang selalu orang tanya dekat Tiqa. Kalau korang ada soalan apa2, boleh tulis kat ruangan komen dibawah & I'd make sure to let you know the answers and would update this post as well from time to time. 

Thank you and Assalamualaikum ! 

  • Share:

You Might Also Like

0 comments