Life as a student: GReP MARA ni apa? (Post-graduate) - Atiqah Mohamad Ikhsan

Life as a student: GReP MARA ni apa? (Post-graduate)

By Atiqah Mohamad Ikhsan - September 05, 2023

Hi guys! Dalam entri kalini Tiqa nak cerita tentang biasiswa GReP MARA sebab alhamdulillah Tiqa sendiri dapat biasiswa MARA ni sepanjang melanjutkan pelajaran dalam bidang Ijazah (Master) selaam 1.5 tahun di UiTM Shah Alam. 

Untuk entri cara-cara memohon GReP MARA boleh klik sini okay! (soon!!)

UPDATE!! : Sekarang GReP MARA dah buka online application dari 5/9/2023 - 22/9/2023! Korang jangan lupa, cepat2 isi tau. Senang je sekarang online je, takde kena print surat apa2 untuk submit application. Rugi kalau tak amik! 💪 Boleh apply sini

Cara2 nak daftar online application untuk GReP MARA, boleh tekan sini!! All the best korang.

-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Untuk sesiapa nak sambung belajar di peringkat Master atau PhD mahupun di dalam atau luar negara boleh apply biasiswa ya. Banyak biasiswa negara kita ada bagi, so if you have the chance & qualifications, just grab it! 

Kat bawah ni Tiqa listkan antara biasiswa-biasiswa yang available untuk sesiapa yang nak sambung Postgraduate (Master/PhD): 

  • JPA 
  • Yang diPertuan Agong (BYDPA)
  • GReP MARA 
  • Yayasan Bank Rakyat
  • Malaysia Chevening 
  • Khazanah Global
  • Khazanah Watan
  • Kerajaan Malaysia (MIS)
  • MyBrainSC
  • British Council GREAT
  • Japanese Government (Monbukagakusho: MEXT) Young Leaders' Programme (YLP)

Okay, tu antara biasiswa negara kita ada bagi, banyak kan? Rugi kalau korang tak ambil. Korang boleh cari pasal setiap biasiswa di Google tau.

GReP MARA ni apa ? 

"GReP MARA ni adalah pinjaman pelajaran dalam bentuk pinjaman boleh ubah ke peringkat Pasca Siswazah (Sarjana dan Doktor Falsafah) di Institusi Pengajian Tinggi terkemuka dalam dan luar negara"

Korang boleh check syarat2 & general info tentang GReP MARA versi pdf atau infografik ni. 


*STAY ALERT !!*: Bidang pengajian dibawah GReP MARA ni boleh berubah ya. Jadi korang memang kena check betul2 kalau nak ambil biasiswa ni, bidang pengajian korang ada tak dalam pdf/infografik yang dia beri. 

Antara syarat untuk mohon biasiswa GReP MARA ni ialah: 

  • Bidang pengajian yang korang nak sambung adalah yang disenaraikan dari pihak MARA sahaja. Korang check betul2 tau bidang yang korang nak ambik sebab ada juga certain bidang tak ada ditawarkan oleh pihak MARA. Macam Tiqa punya Master dalam Computer Networking jatuh dalam kategori IT & Computer Science.          
  • Had umur. Had ni lain2 ya ikut peringkat pengajian sama ada Master/PhD & begitu juga kalau nak sambung dalam/luar negara.

  • Kelayakan. Lagi satu korang kena check kelayakan dari segi peringkat pengajian juga. Kalau nak sambung Sarjana (Master) di Luar negara sekurangnya CGPA waktu degree minimum 3.75 keatas tapi kira kalau bawah dari tu pun korang still boleh cuba untuk mohon. Asalkan 3.5 ke atas & grade pelajaran steady, okay je. Lagi satu korang nak kena dapat markah IELTS 6.5 tau.
  • Bukan apa, kalau nak belajar luar negara memang kena pakai IELTS ni atau TOEFL. Kira nak tunjukkan korang boleh berbahasa inggeris dengan lancar. 


  • Universiti Dalam Malaysia. Bagi sesiapa yang memang nak sambung belajar dalam negera kita, gambar bawah ni ada senaraikan. Semua Universiti Awam boleh apply ya! 
  • Universiti Swasta dalam Malaysia, hanya yang tersenarai dalam list ni saja yang boleh apply. 

Jadi setakat ni, Tiqa rasa syarat-syarat ni yang paling penting bila nak apply untuk GReP MARA. Apa2 pun, kalau ada penambahan Tiqa akan update semula la ya. 

  • Share:

You Might Also Like

0 comments