Family Day @ Dedaun, Hulu Langat - Atiqah Mohamad Ikhsan

Family Day @ Dedaun, Hulu Langat

By Atiqah Mohamad Ikhsan - July 26, 2024

 Hi korang! 👀

Memang Tiqa dah berazam nak tulis juga pasal Family Day kami bulan Januari 2024 haritu. I know it has been so long baru nak post kat blog pasal ni kan. So, without further ado! 

Kalini our family day a bit different cuz it was 100% handled by cousins! Sebab pakcik makcik semua dah berusia, it's time for the next generation to take over, *psst: Itu pun ada juga campur tangan orang2 tua nya sebab ada yang tak setuju dengan makanan/tempat but everything was fine. 

Cuma nak letak sini sebagai kenangan, ada buat flyer untuk tentatif Hari Keluarga tapi bila tengok balik macam nak pergi parti birthday pun ada juga hahaha. 😂

Phamplet Hari Keluarga

Tentatif Hari Keluarga

Okay, venue kalini kat Dedaun, Hulu Langat. Tempat dia memang jauh kedalam la cerita dia tapi best sebab ada banyak bilik & sesuai untuk family kitorang masa ni sebab family member memang ramai. Ruang pun memang besar dan ada 2 swimming pool siap gelongsor semua. So, sesiapa yang ramai ahli keluarga tu, boleh la tengok2 tempat ni. 

Dewasa: 64 orang
Kanak: 20 orang

Okay, Tiqa nak spam gambar di sekitar area Dedaun Langat ni. Memang besarrrr! 


Sampai2 je tempat ni, terus setelkan kunci bilik, baju t-shirt untuk hari keluarga, sesi pendaftaran. It was chaotic, tapi nasib baik semua cousin yang merangkap AJK bagi hari keluarga memang dah awal2 sampai. Kah3! 

Kertas Pendaftaran! 

Selesai je pendaftaran untuk dapatkan kunci bilik & baju t-shirt family day. Semua akan dapat uncang macam bawah ni. Setiap orang dewasa & kanak2 memang akan dapat. Dalam uncang ni semestinya lah ada jajan (Wajib ada!), kalendar 2024 version kecik, penanda al-quran & tentatif family day/penanda buku. 
                                                        

Yang paling kena appreciate ialah bag uncang tu sendiri. Kakak sepupu yang jahit setiap satu uncang ni dari kain yang dia still ada lagi sampai sekarang & beli tali untuk masukkan ke setiap uncang. Baca tak atas tadi kitorang family day ni ada berapa orang? Total 84 wehhh! Cousin Tiqa jahit around 90 bag uncang ni tauuu & by-hand! 

Amat berdedikasi ya. That's why she is one of the top & favorite cousin/anak buah dalam family kitorang ni. ada 2 warna, 1 purple & 1 merah. 


So, ada banyak jenis bilik. Masa ni dah dibahagikan ikut family. Kitorang dapat macam 1 rumah namanya Sireh 2. Dalam 1 rumah ni ada 2 bilik, boleh muat 5-6 orang. Boleh tanya owner resort ni untuk maklumat lebih lanjut.  


Kalau korang nak tengok cemana bilik/rumah yang family Tiqa dapat, boleh refer ke video bawah ni la. 


Lepas dah dapat bilik, tukar baju semua. It's time for games!!! So games divided by 2 categories, kanak2 & dewasa. Macam biasa kanak2 dapat game macam bawak bola pingpong atas sudu, pecahkan belon. 

But omg when I tell you, acara sukan untuk team dewasa is so good! HAHAHAHA. Paling best masa acara lari dalam kain pelikat untuk pasangan berkahwin. Lari macam tak cukup tanah ekk semua. Hahahahaha. 




Padang dia luas gila. Memang boleh muat ramai family member masa ni & banyak juga tempat duduk kot2 ada ramai warga emas yang tak larat nak berdiri ke apa kan. Boleh je la santai2 tengok anak cucu main game semua. 


Habis je main game, masa untuk makan2 with the big family. Makanan kitorang memang amik pakej makan petang dengan pihak resort ni. Lepas tu mandi swimming pool la apa lagi! Yeay!! 



Waktu solat untuk Maghrib & Isyak pun kami berjemaah kat dalam surau dia. Surau memanjanggg & ruang memang besar. Boleh muat ramai lagi tapi Tiqa lupa pulak nak amik video/gambar dalam surau. Yang adanya video anak buah ni je laaa. Hehe. 




Makan malam pun sama tapi ada amik extra kambing golek malam tu. Sesi bagi hadiah pulak lepas makan malam semua tu. Best!! 


Kambing Golek!!

Team No.1 untuk Telefon Karat

Sissy


Esok harinya tu acara bebas, tapi best buat kami yang geng2 suka menyanyi ni la sebab ada bilik karaoke youuuu! Haaa, gelap jap mata masing2 pilih lagu. hahahahahaah. Paling best sebab bilik karaoke ni kedap bunyi. So, jerit la macam mana pun, takde bising sangat la orang luar nak dengar. 

Boleh menyanyi ikut tara manaaa nak. 



Last but not least, semestinya gambar family day kami! Hehe. Alhamdulillah segala atur cara berjalan dengan lancar diatas pertolongan sepupu sepapat, pakcik makcik semua. Shoutout to AJK-ians! 

Welp, tu sajaaa dari Tiqa! Thank you baca sampai habis. Byee~











  • Share:

You Might Also Like

0 comments